Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelukis hidang ‘Seni Kita’ bertema dunia moden di WGS

Dec 10, 2023 | 12:59 PM
KARYA TEKNOLOGI: Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan) mengamati salah sebuah lukisan dalam pameran, Seni Kita 2023, bersama penganjur bersama yang juga juri, Encik Kamal Dollah.
KARYA TEKNOLOGI: Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan) mengamati salah sebuah lukisan dalam pameran, Seni Kita 2023, bersama penganjur bersama yang juga juri, Encik Kamal Dollah. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Sebanyak 29 lukisan karya 23 pelukis Melayu Singapura sedang dipamerkan dalam satu pameran seni visual – Seni Kita 2023 – di Galeri Seni Kamal, Wisma Geylang Serai.

Bertemakan teknologi baru dalam dunia globalisasi, para pelukis itu menggunakan pelbagai medium baru bagi mencipta karya mereka.

Ini termasuk menghasilkan seni daripada barangan terbuang dan bereksperimen dengan medium bunyi dalam karya lukisan.

Tema pameran itu memaparkan selepas pandemik Covid-19 dunia menyaksikan kemajuan besar dalam teknologi komunikasi dan meningkatnya kecerdasan buatan (AI).

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, melancarkan pameran itu pada 9 Disember.

Seni Kita adalah pameran seni visual Melayu yang bertujuan mewujudkan peluang bagi artis dan peminat seni tempatan berinteraksi dan saling memberi inspirasi.

Ini tahun keempat Wisma Geylang Serai dan Kamal Arts menganjurkan pameran tersebut.

Dalam ucapannya, Dr Faishal antara lain berkata:

“Dunia pascapandemik telah menyaksikan kemajuan besar dalam teknologi komunikasi dan kebangkitan kecerdasan buatan (AI).

“Teknologi komunikasi juga telah membolehkan artis berkongsi karya mereka dengan khalayak sejagat dan mengambil bahagian dalam lebih banyak kerjasama silang budaya – benar-benar membuka era baru inovasi artistik.”

Pameran itu berlangsung dari 8 hingga 17 Disember dari 10 pagi hingga 6 petang dan dibuka secara percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg