Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Panglima Angkatan Bersenjata Thailand lawat S’pura, sahkan kerjasama dua hala

Jan 15, 2026 | 7:33 PM
Singapura, Thailand, Chan Chun Sing, Mindef
Panglima Angkatan Bersenjata Diraja Thailand (RTARF) Jeneral (GEN) Ukris Boontanondha (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 15 Januari. - Foto MINDEF

Panglima Angkatan Bersenjata Diraja Thailand (RTARF) Jeneral (GEN) Ukris Boontanondha mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, di Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 15 Januari.

Dalam pertemuan tersebut, Encik Chan dan Jeneral Ukris menegaskan semula hubungan pertahanan dua hala yang erat dan lama terjalin antara Singapura dengan Thailand.

Mereka turut saling bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik di rantau ini, kata Mindef dalam satu kenyataan pada 15 Januari.

Sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan Jeneral Ukris, yang berada di Singapura dari 13 hingga 15 Januari, beliau bertemu Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng selepas memeriksa Kawalan Kehormatan di Mindef.

Selain itu, Jeneral Ukris juga melawat Pangkalan Udara Paya Lebar serta Kemudahan Maklumat Menentang Pengganasan (CTIF) di Pangkalan Tentera Laut Changi.

Menurut Mindef, kededua negara berinteraksi secara berkala melalui latihan seperti, Exercise Cobra Gold, pertukaran profesional, lawatan peringkat tinggi, penyertaan silang dalam kursus, serta melalui platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus.

“Interaksi ini telah memperkukuh kerjasama dan memperdalam persefahaman bersama antara kedua-dua angkatan bersenjata,” tambah Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg