Ketua gerakan pekerja Encik Ng Chee Meng, mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bertanding dengan Encik Andre Low daripada Parti Pekerja (WP) di SMC Jalan Kayu yang dipertandingkan buat kali pertama di GE2025.
Permohonan kededua calon untuk bertanding di kawasan undi tersebut diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April di Sekolah Menengah Deyi.
Jalan Kayu adalah antara enam Kawasan Undi Perseorangan (SMC) baru yang dibentuk menyusuli laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya pada 11 Mac.
Kawasan undi itu mempunyai 29,565 pengundi berdaftar dan dikeluarkan daripada GRC Ang Mo Kio selepas jumlah penduduk di kawasan itu bertambah.
SMC itu meliputi estet perumahan swasta sepanjang Jalan Kayu Road, Taman Seletar Aerospace dan sebahagian HDB di Fernvale.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg