Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti Pekerja iktiraf hak rakyat hidup bebas daripada diskriminasi

Aug 23, 2022 | 5:30 AM
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN -

PARTI Pekerja (WP) mengiktiraf hak asasi rakyat untuk hidup bebas daripada ketakutan dan diskriminasi dan untuk dilayani secara saksama di bawah undang-undang, kata parti itu kelmarin menyusuli pengumuman bahawa pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A.

Dengan cara yang sama, parti itu berkata mereka juga menghormati hak kumpulan yang berbeza untuk mengadakan dan membincangkan kedudukan mengikut hati nurani mereka.

"Singapura sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, kumpulan etnik, budaya dan bahasa.

"Penerimaan bersama dan toleransi adalah pertimbangan penting bagi perundangan dalam konteks kita," kata parti itu.

Kenyataan WP itu dibuat menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan kelmarin bahawa pemerintah akan memansuhkan Seksyen 377A, iaitu undang-undang yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah.

Namun, Encik Lee menambah bahawa pemerintah juga akan meminda Perlembagaan untuk melindungi takrif perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita untuk mengelakkan cabaran undang-undang pada masa depan.

WP berkata mereka akan menyertai bahas mengenai pemansuhan Seksyen 377A dan juga perubahan yang disarankan kepada Perlembagaan berhubung perkahwinan, berdasarkan pindaan yang akan dibentangkan pemerintah.

Meskipun parti itu mengiktiraf bahawa Seksyen 377A dan takrif perkahwinan adalah isu yang amat penting, mereka berkata terdapat isu keprihatinan lain yang dihadapi Singapura, seperti inflasi dan kos sara hidup yang meningkat.

"Ini adalah masa apabila tahap inflasi dan kos sara hidup yang tinggi terus menjejas isi rumah rakyat Singapura, terutamanya mereka yang berpendapatan tetap dan berpendapatan rendah hingga pertengahan.

"Kami mengulangi seruan yang telah kami buat di Parlimen bagi pembaharuan khusus untuk menangani keprihatinan yang menjejas kehidupan seharian ini," kata WP.

Ini termasuk mengukuhkan lagi dolar Singapura untuk menjadikan import lebih murah, menjual "bon lama" untuk melembapkan pelaburan spekulatif, memastikan harga aset terkawal dan membelanjakan lebih banyak untuk menyokong "mereka dalam kalangan kita yang paling menderita untuk tempoh sementara" dengan merebatkan sebarang cukai laba durian runtuh.

WP turut mengulangi pendiriannya menolak kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana "ia menambahkan inflasi pada masa yang sama sekali tidak perlu".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg