Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pasangan suami isteri dalangi skim MLM ‘Galaxy Trio’ di S’pura didakwa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasangan suami isteri dalangi skim MLM ‘Galaxy Trio’ di S’pura didakwa

Dec 28, 2023 | 06:04 PM



Sepasang suami isteri telah diberi gelaran “Adam dan Hawa” dalam skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) oleh pihak pendakwa, setelah menerajui program tersebut di Singapura.

Mohamad Hisham Mohd Idris, 58 tahun, dan isterinya, Nurnavi Janti Imam Makruf, 53 tahun, merupakan dua orang pertama yang menyertai dan mempromosikan program rujukan Galaxy Trio, setelah membawa program haram itu ke Singapura pada 2013.

Pada 27 Disember, Hisham telah disabitkan dengan dua tuduhan di bawah Akta Pemasaran Pelbagai Peringkat dan Penjualan Piramid (Larangan) (MLMA) dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan, denda $10,000 dan penalti $27,509. 

Tuduhan ketiga yang serupa telah diambil dalam pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman, menurut akhbar The Straits Times (ST).


Tertuduh kini diikat jamin sementara menunggu rayuan.

Setiap pertuduhan dikaitkan dengan penglibatan Hisham dalam mempromosikan skim Galaxy Trio bersama isterinya, yang kesnya masih belum selesai.

Galaxy Trio merupakan sebuah syarikat asing yang dimulakan pada Januari 2013

Pada masa itu, seorang individu yang hanya dikenali sebagai Vanessa yang mendakwa berasal dari Galaxy Trio bertemu Hisham dan Nurnavi di Singapura, dan menjemput mereka untuk terlibat dalam program itu dengan melatih peserta lain tentang cara mempromosikan skim tersebut.

Pasangan itu bersetuju dan menjadi dua individu pertama di Singapura yang menyertai program itu, yang turut dipromosikan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina.

Dengan menjadi yang pertama menyertai program itu di sini, pasangan itu menjadi ‘upline’ atau peringkat baris tertinggi di Singapura, dan mereka mempromosikan skim itu selama lebih dua tahun, dari Mac 2013 hingga Mei 2015.

Hisham telah mendaftarkan sebuah perkongsian bernama GT Academy pada Mei 2013 dan menyewa ruang pejabat di Kembangan untuk menyediakan latihan serta penyampaian mengenai program Galaxy Trio.

Perkongsian itu kemudian digantikan dengan GT Academy Pte Ltd, yang diperbadankan oleh Hisham dan Nurnavi pada Mac 2014, kerana Hisham mahu mengelak daripada disaman secara peribadi untuk perkara yang berkaitan dengan kegiatan perniagaan GT Academy.

Peserta terakhir skim itu diambil pada 16 Mei 2015.

Sehingga tarikh tersebut, lebih 9,000 akaun telah dibuka oleh 3,968 peserta, termasuk Hisham dan Nurnavi.

Sejumlah sekurang-kurangnya $3.3 juta telah disalurkan ke dalam program tersebut.

Hisham sendiri telah menerima sekitar $1.3 juta tunai daripada skim itu, tetapi dia telah membayar sekitar $1.27 juta dalam perbelanjaan yang berkaitan dengan penyertaannya, termasuk lebih $1 juta untuk membeli kredit di laman web yang digunakan untuk membuka akaun.

Secara keseluruhannya, dia didapati menerima keuntungan bersih berjumlah $27,509.

Pihak pendakwa telah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada Hisham selama tempoh 22 hingga 30 minggu, kerana terdapat kepentingan awam yang kukuh untuk menghapuskan skim sedemikian di sini.

Pihak pendakwa menambah tahap penglibatan Hisham dalam skim itu adalah tinggi, hanya berada di tempat kedua selepas Vanessa, yang telah menjemputnya untuk menerajui program rujukan Galaxy Trio di sini.

Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Teoh Ai Lin berkata, walaupun tidak ada niat penipuan dari pihak Hisham dan dia bukan pencipta skim itu, terdapat usaha besar dan berterusan olehnya untuk mempromosikannya dan skala jangkauannya adalah meluas.

Penangguhan pelaksanaan hukuman telah diberikan, dengan jaminan $30,000 ditawarkan kepada Hisham, sementara menunggu rayuan.


Atas kesalahan mempromosikan skim MLM, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga $200,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >