Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar Kurma Al Barakah: Destinasi utama kurma Medjoul Ramadan ini

Feb 14, 2025 | 5:30 AM
Kurma Medjoul dari Palestin ini, terkenal dan diminati ramai khususnya pada Ramadan ini kerana teksturnya yang lembut, serta mempunyai rasa lemak manis yang asli.
Kurma Medjoul dari Palestin ini, terkenal dan diminati ramai khususnya pada Ramadan ini kerana teksturnya yang lembut, serta mempunyai rasa lemak manis yang asli. - Foto AL BARAKAH

Firma tempatan, Al Barakah, sentiasa menjadi pilihan utama bagi pencinta kurma terutamanya menjelang Ramadan. 

Tahun 2025 ini,  Pasar Kurma Al Barakah menawarkan pelbagai jenis kurma jenis Medjoul, dari beberapa negara termasuk Palestin, Maghribi dan Jordan, serta kurma premium dan eksklusif yang sangat dinantikan ramai – Medjoul Rotab dari Arab Saudi.

Sejarah kurma Medjoul

Menurut Pemilik dan Ketua Pengerusi Al Barakah, Encik A. Rahman Bahurudeen, lazimnya, kurma Medjoul berasal dari Maghribi, dan dikenali sebagai salah satu kurma tertua di dunia.

Pada awal abad ke-20, pokok kurma Medjoul di Maghribi hampir pupus akibat pelbagai faktor, antara penyakit. Namun, beberapa anak pokok Medjoul berjaya dipindahkan ke negara lain seperti Palestin, Jordan dan California di Amerika Syarikat bagi meneruskan penanamannya. Kini, kurma Medjoul merupakan antara buah yang paling berharga dan dieksport ke serata dunia.

Pelbagai jenis kurma Medjoul di Pasar Kurma Al Barakah tahun ini

1. Kurma Medjoul dari Palestin – Menjadi kegemaran ramai sehingga kini. Kurma Medjoul dari Palestin ini terkenal dengan teksturnya yang lembut, saiz yang besar, dan rasa karamel yang tidak memuakkan dan rasa lemak manis yang asli. Kurma ini sering dianggap sebagai yang terbaik kerana ia ditanam dalam iklim yang sempurna dan dipetik dengan begitu teliti.

2. Kurma Medjoul dari Maghribi – Diterbangkan dari Maghribi, kurma Medjoul ini mempunyai rasa sedikit berbeza, dengan tekstur yang lebih kenyal dan manis serta lebih ringan. Ia adalah pilihan bagi mereka yang menggemari keseimbangan, dan rasanya juga tidak begitu manis.

3. Kurma Medjoul dari Jordan – Kurma Medjoul dari Jordan ini mempunyai saiz yang sederhana tetapi masih mengekalkan kelembutan dan kemanisan yang unik. Ia popular kerana harganya yang lebih berpatutan tanpa mengorbankan mutu yang tinggi. 

4. Kurma Medjoul Rotab dari Arab Saudi – Kurma eksklusif bagi tahun 2025 ini. Pasar Kurma Al Barakah membawakan sesuatu yang luar biasa untuk pelanggannya bagi Ramadan ini, khususnya kurma Medjoul Rotab dari Arab Saudi.

Berbeza daripada kurma Medjoul biasa yang lain, kurma Medjoul dari Arab Saudi ini pula perlu menjalani proses yang berlainan. Ia dikeringkan secara semula jadi, dan dikategori sebagai separa lembap, selain memberikan tekstur yang tidak kering dan segar.

Kurma ini menawarkan pengalaman yang unik dengan rasa eksotik dan kelembutan yang luar biasa. Rasanya juga manis namun tidak memuakkan.

Kurma Medjoul jadi buruan pelanggan pada bulan Ramadan

• Sumber tenaga segera.
Kaya dengan gula semula jadi yang cepat diserap oleh tubuh selepas berpuasa.

• Kandungan serat yang tinggi. Membantu penghadaman dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

• Rasa premium yang segar. Tekstur lembut dan manis. Ia menjadi hidangan berbuka puasa yang istimewa.

• Nilai tradisi dan sunah –  Berbuka dengan kurma adalah sunah Nabi Muhammad saw, dan kurma Medjoul sering menjadi pilihan kerana saiz serta rasa yang tersendiri dan istimewa.

* Kunjungi Pasar Kurma Al Barakah hari ini bagi mendapatkan kurma terbaik untuk anda sekeluarga!

* Bagi mendapatkan sajian kurma yang rencam daripada Pasar Kurma Al Barakah, sila layari https://shop.barakah.sg/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg