Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasaran Pekerjaan di Singapura: “Bagaimana satu langkah berani menjadi titik tolak kejayaan kerjaya saya”

Berita Harian (BH) menampilkan kisah Encik Fadhil Muhammed, Pengurus Operasi di syarikat ternama Amerika Syarikat, Pratt & Whitney, yang telah mengukir kerjaya gemilang dalam industri aeroangkasa. Perjalanan beliau bukan sahaja membuktikan kemampuan tenaga kerja tempatan untuk bersaing di peringkat global, malah menjadi sumber inspirasi bagi generasi muda yang ingin menceburi bidang aeroangkasa dan mencipta kejayaan di arena antarabangsa.
Oct 1, 2025 | 5:30 AM
Encik Fadhil Muhammed membuktikan bahawa tenaga kerja tempatan mampu melakar kejayaan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam industri kompetitif seperti aeroangkasa.
Encik Fadhil Muhammed membuktikan bahawa tenaga kerja tempatan mampu melakar kejayaan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam industri kompetitif seperti aeroangkasa. - Foto LEMBAGA KEMAJUAN EKONOMI (EDB)

Encik Fadhil Muhammed memulakan kerjayanya dalam bidang pembinaan, dan tidak teragak-agak apabila peluang muncul untuk menukar arah ke industri aeroangkasa lapan tahun lalu. Kini, beliau merupakan Pengurus Operasi dan ketua pasukan di Pratt & Whitney, dan mengiktiraf sokongan syarikat itu sebagai pemangkin kepada kejayaannya pada hari ini.

Encik Fadhil, 35 tahun, adalah Pengurus Operasi di Pratt & Whitney, sebuah syarikat pengeluar aeroangkasa dari Amerika Syarikat yang menghasilkan komponen utama enjin GTF™ di Singapura. Beliau memiliki Ijazah Sarjana dalam Logistik, Bahan dan Pengurusan Rantaian Bekalan dari University College Dublin.

1. Bagaimana anda menyertai Pratt & Whitney dan apakah peluang yang anda peroleh di sini? Apakah cabaran yang perlu anda atasi apabila memasuki industri baru?

“Pada awalnya, saya bekerja sebagai Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja (WSHO) dalam industri pembinaan dengan waktu kerja yang panjang. Ketika itu, saya baru sahaja berkeluarga dan inginkan keseimbangan antara kerjaya dan keluarga. Saya terlihat jawatan kosong memerlukan Jurutera Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan (EH&S) di Pratt & Whitney dan memutuskan untuk ‘mencubanya’. Ternyata keputusan ini menjadi titik perubahan besar dalam kerjaya saya.

Pratt & Whitney merupakan antara syarikat aeroangkasa terbesar di dunia, dengan kemudahan di seluruh dunia termasuk beberapa tapak di Singapura. Sebagai Jurutera EH&S di kemudahan pengeluaran di P&W NGPF Manufacturing Company (Singapura), saya memainkan peranan dalam membangunkan sistem EH&S yang menyeluruh, serta menyokong pelbagai jabatan dalam hal-hal EH&S harian. Ia adalah tempoh yang mencabar tetapi amat memuaskan hati.

Walaupun saya berpengalaman sebagai WSHO, namun saya perlu menyesuaikan diri, kerana pendekatan keselamatan pekerjaan dalam pembuatan aeroangkasa ini amat berbeza berbanding industri pembinaan. Saya bersyukur kerana memiliki pasukan yang kukuh dan sentiasa menyokong, dan membantu saya untuk memahami sistem baru dengan lebih berkesan. Saya mula membangunkan kemahiran penting seperti pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, yang terus memberi manfaat kepada saya hingga ke hari ini.

Kini, saya merupakan Pengurus Operasi dan mengetuai pasukan lebih 100 kakitangan. Kami bertanggungjawab ke atas dua sel pengeluaran yang menghasilkan bilah kipas dan cakera turbin, komponen utama enjin GTF™. Dalam industri pembuatan aeroangkasa yang berteknologi tinggi ini, kami sentiasa menumpukan kepada pengoptimuman proses pengeluaran. Saya turut dibantu oleh empat ketua sel pengeluaran yang menguruskan isu operasi harian dan melaksanakan penambahbaikan strategik kepada sel-sel tersebut.

2. Apakah pengalaman anda mengetuai pasukan operasi di Pratt & Whitney dan apakah yang anda pelajari daripadanya?

Kerja saya amat rencam dan ini memberikan cabaran yang berbeza setiap hari, tetapi ia juga memberikan saya kepuasan diri. Sesekali, kami berhadapan dengan masalah unik dalam barisan pengeluaran yang memerlukan kerjasama penuh dari pasukan untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Pratt & Whitney membantu saya membina kepimpinan melalui pelbagai program pembangunan. Dengan sokongan syarikat dan penyelia, saya menyertai kursus “Foundations of Leadership” (Dasar Kepimpinan) dan mengajar teori kepimpinan, yang boleh saya diterapkan dalam kehidupan seharian saya.

Bagi saya, antara pengajaran terpenting ialah empati. Bila berlaku masalah, mudah untuk kita menyalahkan rakan sekerja lain. Tapi sebagai pemimpin, kita perlu sedar bahawa kita bekerja dengan mesin yang kompleks dan rakan setugas juga mungkin menghadapi masalah peribadi. Sebagai pemimpin, kita perlu memahami perasaan mereka, dan bukan melihat dan menganggap mereka sebagai “sekadar seorang staf”. Dengan cara ini, kita boleh memahami punca sebenar masalah yang dihadapi dan berbincang dengan pihak pengurusan bagaimana mencegah dan menanganinya dengan berkesan, di masa hadapan.

3. Bagaimana Pratt & Whitney memperkasakan pembangunan kerjaya anda?

Saya tidak pernah membayangkan akan menjadi seorang pengurus operasi sehinggalah saya menyertai Pratt & Whitney.

“Saya diberi peluang untuk meneroka pelbagai peranan. Malah pertukaran skop tugasan adalah sesuatu yang biasa di Pratt & Whitney. Syarikat ini tidak hanya menilai pengalaman anda, tetapi juga kemahiran teras yang anda miliki. Ini amat membantu pekerja dan membina set kemahiran yang lebih menyeluruh dan pelbagai.”

Syarikat Pratt & Whitney ini juga menggalakkan penyertaan kakitangan mereka dalam program biasiswa yang disediakan. Sebagai contoh, Employee Scholar Program (ESP) telah membantu ramai pekerja, termasuk saya, untuk menyambung pengajian dari peringkat diploma hinggalah ke doktor falsafah. Disebabkan latar belakang saya dalam keselamatan pekerjaan, saya memilih bidang baru — Logistik, Bahan dan Pengurusan Rantaian Bekalan, untuk meluaskan pengetahuan dan perspektif pekerjaan saya.

Saya juga berpeluang melawat kemudahan Pratt & Whitney di luar negara sebagai lawatan pembelajaran dan penanda aras hasil daripada hubungan kerja rapat yang kami jalinkan serta kemudahan di seluruh dunia. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari tentang industri pengeluaran ini, tetapi pencapaian terbesar saya adalah kejayaan dalam perkembangan diri, bukan sahaja dari segi kerjaya, malah sebagai seorang individu.

Di sini, saya mendapat bimbingan yang sewajarnya dan suasana kerja yang membolehkan seseorang terus maju dan berjaya. Akhirnya, bukan sejauh mana saya boleh pergi, namun yang penting, bagaimana saya boleh meningkatkan dan memperbaiki diri untuk memberi yang terbaik kepada syarikat, berdasarkan sumber yang tersedia di sini.

4. Bagaimanakah industri aeroangkasa telah berubah? Apa nasihat anda kepada anak muda yang ingin menyertai bidang ini?

Kemunculan Industri Teknologi 4.0 telah mengubah industri aeroangkasa secara ketara. Kini, robotik dan automasi menjadi satu perkara yang lazim. Soalan pertama yang sering muncul apabila merancang sesuatu proses baru ialah, “Bolehkah saya automasikan proses ini?” Adakah mungkin robot digunakan untuk mengoptimumkannya?

Setiap kemudahan Pratt & Whitney di Singapura, malah di seluruh dunia, kini bergerak ke arah automasi dan penggunaan robotik. Di samping itu, kami turut mengaplikasikan penjadualan pintar di pelbagai tapak di Singapura bagi meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan operasi.

Melihat mesin-mesin canggih ini di tempat kerja seharian kami adalah sesuatu yang menarik. Malah, terdapat faedah secara tidak langsung, semua mesin kami dilengkapi dengan ciri keselamatan automatik, yang menjadikan persekitaran di sini lebih selamat dan bebas daripada bahan berbahaya.

Nasihat saya kepada anak muda yang ingin menyertai kerjaya di aeroangkasa, teruskan sahaja niat anda! Industri aeroangkasa di Singapura berkembang pesat dan menawarkan banyak peluang dalam pelbagai bidang. Bekerja di industri ini, terutama di Pratt & Whitney, memberi anda peluang untuk menyumbang secara langsung kepada enjin (kapal terbang penumpang) yang menggerakkan penerbangan di seluruh dunia. Perjalanan saya sangat memuaskan, dan saya menggalakkan anda juga untuk turut sama merasai”. pengalaman ini.

Rencana ini dibawakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg