Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pastikan jemaah haji dapat rujukan termasuk pada hari Tasyrik

Nov 28, 2023 | 6:00 AM
SENTIASA DIBIMBING: Selain daripada panduan awal pelaksanaan haji, Thoha Travels & Tours turut mengadakan sesi taklimat pada hari Tasyrik itu sendiri sebagai rujukan jemaah agar urusan ibadah haji dapat dijalankan dengan lancar.
SENTIASA DIBIMBING: Selain daripada panduan awal pelaksanaan haji, Thoha Travels & Tours turut mengadakan sesi taklimat pada hari Tasyrik itu sendiri sebagai rujukan jemaah agar urusan ibadah haji dapat dijalankan dengan lancar. - Foto THOHA TRAVELS & TOURS 

Hari Tasyrik disebut sebagai kemuncak ibadah kerana ia merupakan pengakhiran bagi jemaah yang melaksanakan haji. Menurut kalendar Islam, hari Tasyrik jatuh pada 11 hingga 13 Zulhijah, iaitu selepas Hari Raya Aidiladha, yang jatuh pada 10 Zulhijah.

Secara umumnya, masyarakat Islam mengetahui larangan berpuasa pada hari Tasyrik tersebut. Justeru, umat Islam disyariatkan agar memanfaatkan ruang waktu baik ini dengan memperbanyakkan ibadah lain seperti zikir bagi memperoleh ganjaran pahala yang melimpah.

Selain daripada panduan awal pelaksanaan haji, Thoha Travels & Tours turut mengadakan sesi taklimat pada hari Tasyrik sebagai rujukan jemaah agar urusan ibadah haji dapat dijalankan dengan lancar.

Pengarah Urusan Thoha Travels & Tours, Ustaz Muhammat Nazer Monet, menyatakan:

“Jemaah akan diberitahu apa yang bakal dilakukan di Arafah dan Muzdalifah. Dengan panduan ibadah yang disampaikan, mereka dapat bersiap sedia dan peka dengan apa yang harus mereka lakukan supaya ibadah mereka dapat dilakukan sebaik mungkin.”

Lazimnya, tidak ramai jemaah Singapura masuk ke Mina. Namun, Thoha Travels & Tours, antara segelintir agensi yang membawa masuk jemaah Singapura ke sana.

Sebelum berangkat ke Arafah, Thoha Travels & Tours akan menyediakan maklumat terperinci tentang persediaan perjalanan haji kepada jemaah.

“Dari sudut Islam sendiri, jemaah digalakkan menjaga kesihatan, baik dari sudut mental atau fizikal. Usahakan fizikal yang sihat, siapkan ubat-ubatan seperti vitamin C dari Singapura lagi demi meningkatkan sistem keimunan seseorang.

“Ikuti nasihat yang terbaik dan tingkatkan kefahaman ibadah, khususnya ibadah pada kemuncak 9 Zulhijah seperti wukuf, cara berdoa dan lain-lain. Ibadah ini hanya berlangsung setahun sekali, tetapi persiapan itu harus dilakukan semaksimum mungkin,” pesan Ustaz Muhammat Nazer Monet.

Daripada awal hingga akhir ibadah haji, Thoha Travels & Tours akan memastikan jemaah dapat melakukan ibadah yang terbaik, seiring dengan ajaran Islam dan Rasulullah saw.

Bagi ibadah umrah pula, Thoha Travels & Tours menawarkan tiga kali umrah kepada jemaah, yang akan diiringi oleh para pegawai atau mutawif daripada permulaan tawaf, sai dan tahlul.

Ustaz Muhammat Nazer Monet berkata lagi:

“Dengan profesionalisme dan kepakaran pihak kami, jemaah dapat melaksanakan ibadah haji atau umrah dengan tenang, tanpa perlu khuatir memikirkan kekurangan ilmu atau ketidakfahaman tentang sesuatu perkara mengenai ibadah di sana. Hal ini kerana kami akan menjadi penunjuk arah dan menguruskan semua urusan, termasuklah urusan logistik, makanan serta penginapan.”

MAKLUMAT LANJUT

1. Hubungi talian +656297-7034 atau +659451-5473.

2. Kunjungi pejabat di 55 Changi Road, Millage #02-02 Singapore 419709.

3. E-mel kepada nur.thohatravels@gmail.com

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg