Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pasukan bertindak kaji langkah perkenal akta prasarana digital baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pasukan bertindak kaji langkah perkenal akta prasarana digital baru

Mar 01, 2024 | 07:46 PM



Pasukan bertindak berbilang agensi yang diketuai Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sedang mengkaji langkah memperkenalkan akta baru untuk mempertingkatkan daya tahan dan keselamatan perkhidmatan dan prasarana digital utama.

Akta Infrastruktur Digital (DIA) itu akan memberi tumpuan kepada prasarana digital yang boleh menyebabkan kesan ketara ke atas ekonomi dan masyarakat jika terjejas, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen pada 1 Mac.

“Sebagai contoh, pusat data dan penyedia perkhidmatan awan besar adalah penting kepada fungsi pelbagai perkhidmatan digital yang digunakan pengguna dan perusahaan setiap hari.

“Pengendali ini mungkin perlu memenuhi piawaian daya tahan dan keselamatan lebih tinggi, untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya gangguan sistem,” kata Cik Teo.

Pasukan Bertindak mengenai Daya Tahan dan Keselamatan Prasarana dan Perkhidmatan Digital yang dibentuk pada 2024 itu sedang melakukan kajian lanjut untuk menetapkan skop DIA dengan betul serta membangunkan usulannya, tambah Cik Teo.

Menurut MCI, hari ini, keselamatan siber dan daya tahan Prasarana Maklumat Penting (CII), iaitu komputer atau sistem komputer yang diperlukan untuk penyampaian perkhidmatan penting yang berterusan, dikawal oleh Akta Keselamatan Siber.

Akta Keselamatan Siber disokong peraturan sektor yang berkaitan, sebagai contoh, CII dalam sektor telekomunikasi juga ditadbir Akta Telekomunikasi.

Gangguan baru-baru ini, seperti gangguan pusat data Equinix selama empat jam pada 14 Oktober 2023, tidak berpunca daripada serangan siber tetapi telah mengakibatkan gangguan meluas dalam perkhidmatan perbankan.

Justeru pemerintah perlu melangkaui Akta Keselamatan Siber untuk meningkatkan daya tahan dan keselamatan prasarana dan perkhidmatan digital yang sangat diperlukan perusahaan dan warga, kata MCI.

Sedang risiko gangguan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, pasukan bertindak itu telah menyemak landskap risiko yang semakin berkembang, mengkaji langkah yang digunakan oleh negara lain yang turut menghadapi isu itu, dan membangunkan langkah yang sesuai dengan konteks Singapura.

Menurut MCI, DIA bertujuan melengkapi langkah kawal selia pemerintah yang lain, seperti Akta Keselamatan Siber, yang memberi tumpuan kepada mengurangkan risiko berkaitan siber.

Ia akan melangkaui keselamatan siber untuk menangani risiko daya tahan lebih luas yang dihadapi oleh penyedia khidmat dan prasarana digital, daripada konfigurasi yang salah dalam seni bina teknikal kepada bahaya fizikal seperti kebakaran, kebocoran air, dan kegagalan sistem penyejukan.

Dalam menetapkan skop DIA, pasukan bertindak itu sedang mengkaji ekosistem prasarana digital di Singapura untuk mengenal pasti perkara yang akan memberi kesan sistemik ke atas ekonomi dan masyarakat Singapura jika terganggu.

Ini termasuk pusat data dan perkhidmatan awan, dan menyokong penyampaian banyak perkhidmatan digital yang digunakan secara meluas, seperti perbankan dan pembayaran.

Pasukan bertindak itu juga sedang melakar syarat yang akan dikenakan ke atas entiti yang dikawal selia di bawah DIA.

Ini akan mengambil kira konteks operasi Singapura dan juga perkembangan antarabangsa, kata MCI.

Pasukan bertindak itu juga akan terus berunding dengan pemain industri dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan sedang ia membangunkan usulannya.

“Cabarannya rumit dan merangkumi sifat rentas sempadan bagi pengendali prasarana digital seperti penyedia perkhidmatan awan.

“Kami juga perlu mengimbangi antara mengurangkan risiko dengan kesan pematuhan. Kami akan terus berunding dengan pemain industri dan pihak berkepentingan yang berkaitan dan memastikan keselarasan memenuhi keperluan antara DIA dengan Akta Keselamatan Siber,” kata Cik Teo.

MCI berkata peraturan sahaja tidak mencukupi dan pasukan bertindak itu sedang meneroka langkah yang bukan berbentuk peraturan untuk melengkapi undang-undang Singapura.

Ini boleh termasuk memberi panduan kepada penyedia perkhidmatan dan prasarana digital berkaitan amalan terbaik untuk daya tahan dan keselamatan bagi memastikan kesinambungan perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >