Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan Kin Lian edar risalah kempen jelang Hari Bertenang

Aug 29, 2023 | 4:06 PM
EDAR RISALAH: Sukarelawan pasukan kempen calon Presiden, Encik Tan Kin Lian, melawat rumah ke rumah dan mengedarkan risalah di 181 Stirling Road.
EDAR RISALAH: Sukarelawan pasukan kempen calon Presiden, Encik Tan Kin Lian, melawat rumah ke rumah dan mengedarkan risalah di 181 Stirling Road. - Foto ST

Para sukarelawan kempen calon Presiden, Encik Tan Kin Lian, kelihatan tidak lelah meneruskan usaha mendekati rakyat pada Selasa, dengan melawat rumah ke rumah untuk mengagih risalah kempen.

Sebelum ini, pasukan Encik Tan telah mengumumkan bahawa beliau telah membatalkan semua sesi temu warga dan akan memberi tumpuan mengagihkan risalah kempen bagi baki kempen dari Isnin hingga Rabu.

“Dalam tiga hari terakhir kempen, pasukan kami akan menumpukan usaha mengedarkan risalah kempen di kawasan perumahan HDB dan stesen MRT di seluruh Singapura. Oleh itu, rancangan temu warga asal telah dibatalkan untuk menumpukan usaha kami pada pusingan terakhir ini,” menurut kenyataan pasukan kempen Encik Tan.

Encik Tan, 75 tahun, yang sebelum ini difahamkan akan turun padang untuk bertemu sukarelawan pada Selasa, tidak hadir, menurut kemas kini yang diberi oleh pasukan kempennya.

Dalam kumpulan WhatsApp berasingan, penyokong dan sukarelawan telah diminta mengagihkan risalah dan “poster kecil” sekitar Singapura mulai Isnin hingga Rabu.

Sukarelawan diminta mengagihkan bahan kempen tersebut di kedai, gerai di pasar dan kepada pelanggan serta memasukkan baki bahan tersebut di peti surat.

Sebarang kegiatan berkempen tidak dapat dijalankan pada Hari Bertenang, iaitu pada 31 Ogos, sehari sebelum Hari Mengundi pada 1 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg