Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasukan S’pura raih lima pingat di Olympiad astronomi Mumbai

Sep 15, 2025 | 7:47 PM
Kontinjen Singapura terdiri daripada dua pelajar Raffles Institution, dan tiga pelajar Sekolah Tinggi NUS.
Kontinjen Singapura terdiri daripada dua pelajar Raffles Institution, dan tiga pelajar Sekolah Tinggi NUS. - Foto ihsan YUEN XIANG HAO

Lima pelajar Singapura meraih empat pingat emas dan satu pingat gangsa di satu Olimpiad antarabangsa bagi astronomi dan astrofizik – pencapaian terbaik negara dalam tempoh hampir 20 tahun.

Olimpiad Antarabangsa bagi Astronomi dan Astrofizik tahunan itu, yang diadakan pada 2025 di ibu kota kewangan India, Mumbai, menarik hampir 300 pelajar dari lebih 60 negara.

Ia berlangsung dari 11 hingga 21 Ogos.

Kontinjen Singapura terdiri daripada pelajar Raffles Institution, Teo Kai Wen, 17 tahun, dan Lan Shuheng Jerry, 15 tahun; serta pelajar Sekolah Tinggi NUS, Eng Cheng Le, 18 tahun, Ruhan Tasneem Shafa, 17 tahun, dan Wang Jun Min, 15 tahun.

Kai Wen, Jerry, Cheng Le dan Jun Min masing-masing memenangi pingat emas, manakala Ruhan membawa pulang pingat gangsa.

Ini merupakan pencapaian terbaik Singapura di Olympiad tersebut sejak kali pertama mengambil bahagian pada 2007, kata Encik Huang Zehan, presiden Astronomy.SG – kumpulan bukan keuntungan tempatan yang bertujuan menggalak pendidikan astronomi di Singapura.

Pertandingan tersebut terdiri daripada komponen teori dan praktikal, dengan peserta boleh diuji melalui soalan atau masalah yang perlu diselesaikan pada kertas atau di komputer, selain simulasi planetarium dan analisis data.

Pemilihan pasukan Singapura pula dibuat berdasarkan pencapaian tertinggi pelajar dalam Olimpiad Astronomi Singapura, yang menarik penyertaan seramai 233 peserta pada Mac lalu, lapor The Straits Times (ST).

Selepas kembali ke Singapura, Jun Min berkata:

“Olympiad tahun ini (2025) mencabar bagi semua peserta, 12 negara baru menyertai buat kali pertama, dan pihak penganjur turut menghadapi banjir serta kesesakan trafik di Mumbai.”

Walaupun menghadapi cabaran tersebut, pelajar tersebut gembira kerana berpeluang menyertai pertandingan itu, sambil menambah:

“Saya percaya pingat yang diterima setiap daripada kami adalah lebih daripada pencapaian individu. Bahkan, ia mencerminkan kejayaan kami sebagai sebuah pasukan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg