Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Patung Merlion jalani kerja pembersihan 11-12 Feb

Jan 6, 2025 | 1:48 PM
Semasa kerja-kerja dijalankan, patung Merlion akan ditutup dengan perancah.
Semasa kerja-kerja dijalankan, patung Merlion akan ditutup dengan perancah. - Foto fail

Patung Merlion di Taman Merlion, yang terletak di One Fullerton, akan ditutup dari 11 hingga 12 Februari kerana akan menjalani kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan.

Semasa ia dijalankan, tarikan pelancong tersebut akan ditutup dengan perancah dan gambarnya tidak dapat diambil, kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 6 Januari.

STB turut menambah bahawa orang ramai boleh mengambil gambar dengan patung anak Merlion yang terletak berhampiran di Taman Merlion, lapor The Straits Times.

“Kami memohon pemahaman orang ramai kerana kerja-kerja penyelenggaraan dan sekatan yang dilakukan mungkin menyebabkan sedikit kesulitan sepanjang tempoh ini,” kata STB.

Patung ikonik separuh singa, separuh ikan yang memancutkan air itu sebelum ini menjalani kerja pembaikan pada 2023, dari 29 Julai hingga 2 Ogos.

Dengan ketinggian 8.6 meter dan berat 70 tan, patung Merlion pada asalnya terletak di muara Sungai Singapura apabila ia dirasmikan pada 1972 oleh Perdana Menteri ketika itu, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg