Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pecut langgar lampu merah: Lelaki didenda, dilarang pandu 15 bulan

Jul 24, 2024 | 8:27 PM
Lebih 5,000 kejadian pemandu yang melanggar had kelajuan telah dirakam sejak pengaktifan fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah.
Lebih 5,000 kejadian pemandu yang melanggar had kelajuan telah dirakam sejak pengaktifan fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah. - Foto ST

Seorang lelaki 60 tahun yang tidak mengendahkan lampu merah semasa memandu melebihi had laju, didenda $2,000 dan dilarang memandu selama 15 bulan.

Ini adalah kali pertama seorang pemandu dibicarakan di mahkamah atas kesalahan melanggar had laju, yang dirakam oleh fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah, kata polis pada 24 Julai.

Sekitar 12.40 tengah hari pada 9 April, kamera lampu merah di persimpangan West Coast Highway merakam pemandu itu tidak mengendahkan lampu merah dan memecut 111 kilometer sejam (km/j) – melebihi had laju 70km/j di situ.

Pemandu itu didakwa dan disabitkan di mahkamah pada 3 Julai kerana memandu secara berbahaya di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya.

Pesalah boleh dipenjara sehingga 12 bulan, denda sehingga $5,000, atau kedua-duanya sekali. Mereka juga mungkin hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan.

Polis berkata mulai 1 April, fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah diaktifkan secara bertahap di pelbagai lokasi.

Lebih 5,000 ditangkap sejak pengaktifan fungsi itu.

Kamera lampu merah memang sudah ada yang memiliki fungsi penguatkuasaan kelajuan.

Tetapi ia diaktifkan hanya selepas jumlah nahas maut yang berkaitan dengan kelajuan meningkat kepada 33 pada 2023 – naik lebih 80 peratus daripada 18 kes pada 2022, lapor akhbar The Straits Times.

Polis berkata mereka memandang serius “pemandu yang berkelakuan buruk, termasuk memandu laju dan tidak mengendahkan lampu merah”.

“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemandu yang... membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg