Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai penjara didakwa terima rasuah, seludup gambar lucah untuk banduan

Jul 25, 2025 | 12:29 PM
Seorang pegawai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah digantung tugas dan didakwa terima rasuah dari banduan untuk seludup gambar lucah ke penjara.
Seorang pegawai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah digantung tugas dan didakwa terima rasuah dari banduan untuk seludup gambar lucah ke penjara. - Foto fail

Seorang pegawai Perkhidmatan Penjara Singapura didakwa di mahkamah pada 25 Julai setelah dipercayai menerima wang daripada banduan sebagai bayaran menyeludup gambar lucah ke dalam penjara.

Asri Mohammad Asri Abd Rahim menghadapi lima pertuduhan rasuah, manakala seramai tiga banduan didakwa berhubung kesnya itu, menurut satu kenyataan SPS.

Pada Oktober 2022, SPS mendapat tahu Asri membawa masuk gambar lucah untuk seorang banduan.

Siasatan dalaman kemudian mendapati Asri menerima bayaran bagi tindakannya itu.

Berikutan penemuan itu, SPS merujuk kes berkenaan kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan memberi kerjasama dalam siasatan lanjut.

Asri kini berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 6(a) Akta Pencegahan Rasuah 1960, termasuk satu pertuduhan gabungan di bawah Seksyen 124(4) Kanun Prosedur Jenayah 2010.

Sebagai langkah disiplin, Asri telah digantung tugas dan hanya menerima separuh gaji sementara menunggu keputusan kesnya.

Dalam kenyataan media, SPS berkata pegawainya dikehendaki mematuhi undang-undang serta menegakkan integriti.

“SPS memandang serius terhadap mana-mana pegawai yang melanggar undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk mendakwa mereka di mahkamah,” kata SPS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg