Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis bantu siasatan selepas langgar lari penunggang basikal

Jun 7, 2025 | 7:33 PM
polis
Siasatan awal mendapati bahawa pegawai berusia 30 tahun dari Pasukan Operasi Khas (SOC) itu meninggalkan lokasi kejadian kerana beliau tidak sedar bahawa kemalangan itu telah berlaku sehingga Polis Trafik (TP) menghubungi SOC. - Foto fail

Seorang pegawai polis yang memandu kenderaan polis didakwa meninggalkan lokasi kejadian selepas melanggar seorang penunggang basikal pada 6 Jun, menurut kenyataan polis pada 7 Jun.

Kejadian itu berlaku di Keppel Road menghala ke Eskpreswe Marina Coastal (MCE) sekitar 3.10 petang.

Penunggang basikal itu – seorang lelaki berusia 41 tahun – berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), menurut polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan polis itu – seorang pegawai berusia 30 tahun daripada Pasukan Operasi Khas (SOC) – dikatakan meninggalkan lokasi kejadian kerana beliau tidak sedar bahawa kemalangan itu telah berlaku sehingga Polis Trafik (TP) menghubungi SOC.

Pegawai terbabit kembali ke lokasi kejadian sebaik sahaja diberitahu, menurut polis.

Dalam kenyataannya, polis berkata beliau sedang membantu dengan siasatan atas dakwaan memandu tanpa mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya lain dan menyebabkan kecederaan.

Menurut kenyataan itu, pegawai tersebut juga telah digantung daripada tugas memandu sementara menunggu hasil siasatan polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg