Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang basikal didakwa, langgar wanita hingga retak kepala 

Dec 27, 2024 | 3:39 PM
Edmund Kwek Jun Wei, dikenakan satu tuduhan menyebabkan  Cik Tan Jo-Ann, cedera parah di atas tindakan gopohnya, menunggang basikal dengan tidak berhati-hati dan melanggar wanita itu. 
Edmund Kwek Jun Wei, dikenakan satu tuduhan menyebabkan Cik Tan Jo-Ann, cedera parah di atas tindakan gopohnya, menunggang basikal dengan tidak berhati-hati dan melanggar wanita itu.  - Foto ST

Seorang lelaki didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang wanita yang sedang berlari-lari anak di Taman East Coast, selepas dia menunggang basikal secara tidak berhati-hati dan melanggar pelari itu. 

Pada 27 Disember, Edmund Kwek Jun Wei, 24 tahun, dikenakan satu tuduhan bagi kesalahan yang didakwa dilakukannya pada 22 Oktober, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut kertas tuduhan, sekitar 6.20 hingga 6.40 pagi hari kejadian, Kwek telah menyebabkan Cik Tan Jo-Ann cedera parah di atas tindakan gopohnya, menunggang basikal dengan tidak berhati-hati dan melanggar wanita itu.  

Dokumen mahkamah menyatakan pelanggaran itu menyebabkan Cik Tan mengalami keretakan di kepala. 

Polis berkata pada 26 Disember bahawa mereka diberitahu tentang kejadian itu pada 10.55 pagi, 22 Oktober (hari kemalangan berlaku) dan Cik Tan mengalami luka melecet di siku kanan.

Beliau kemudiannya dihantar ke hospital dalam keadaan sedar.

Kes Kwek ditangguh ke 23 Januari 2025. 

Jika disabitkan dengan kesalahan menyebabkan cedera parah di atas tindakan gopoh, seorang pesalah boleh dipenjara hingga empat tahun, didenda hingga $10,000, atau kededua hukuman. 

Pada Oktober, enam penunggang basikal, berusia antara 17 dengan 20 tahun, didakwa melanggar beberapa peraturan jalan raya. 

Mereka merakam diri mereka sedang melakukan teknik berbahaya sambil menunggang basikal di Scotts Road dan Orchard Road.

Dalam rakaman yang dimuat naik di media sosial, sebahagian daripada mereka juga kelihatan menunggang silang-menyilang antara lorong. 

Pada September, seorang wanita yang menunggang basikal dengan brek belakang rosak telah melanggar seorang pejalan kaki berusia 63 tahun.

Ini menyebabkan pejalan kaki itu terjatuh dengan kepalanya terhentak bumi lalu meninggal dunia akibat kecederaan kepala.  

Wanita itu dipenjara empat minggu. 

Dia (penunggang basikal itu) mengetahui dua hingga tiga bulan sebelum kemalangan itu berlaku bahawa brek basikalnya rosak, tetapi sengaja tidak membaikinya. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg