Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai polis bantuan diberkas; disyaki bawa senjata api secara haram

May 10, 2024 | 6:41 PM
Revolver, 10 butir peluru, baton dan beberapa bahan kes telah dirampas oleh polis setelah ia menahan warga Singapura berusia 27 tahun pada 10 Mei berhubung kesalahan membawa senjata api secara tidak sah.
Revolver, 10 butir peluru, baton dan beberapa bahan kes telah dirampas oleh polis setelah ia menahan warga Singapura berusia 27 tahun pada 10 Mei berhubung kesalahan membawa senjata api secara tidak sah. - Foto ST

Seorang lelaki warga Singapura berusia 27 tahun telah diberkas polis kerana disyaki terlibat membawa senjata api secara tidak sah pada 10 Mei.

Dalam satu kenyataan media pada 10 Mei, polis menyatakan ia menerima laporan daripada syarikat Certis pada 9 Mei sekitar 9.50 malam bahawa salah seorang pegawai polis bantuannya yang dikerahkan di Lapangan Terbang Changi gagal mengembalikan revolver, peluru dan belantan perkhidmatannya kepada gudang senjata.

Suspek telah meninggalkan tempat kerja setelah menamatkan syif kerja apabila polis tiba di lokasi, tambah polis.

Satu gerakan menjejak suspek dilaksanakan dengan penglibatan lebih 100 pegawai polis dan lelaki itu berjaya ditahan dalam tempoh 2.5 jam setelah laporan polis dibuat.

Polis berkata suspek diberkas di dalam pusat membeli-belah di deretan Victoria Street sekitar 12 tengah malam pada 10 Mei.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahmakah pada 11 Mei bagi tuduhan membawa senjata api secara tidak sah di bawah Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Senjata Api 1973.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dirotan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg