Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lelaki nak tembak isteri di KLIA tertembak pengawal peribadi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki nak tembak isteri di KLIA tertembak pengawal peribadi

Apr 14, 2024 | 12:56 PM



SEPANG: Seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah isterinya tetapi terkena orang lain di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) pada 14 April.


Seorang pengawal peribadi cedera parah akibat terkena tembakan itu.

Kes tembakan itu dipercayai adalah satu percubaan membunuh wanita tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memberitahu satu sidang media di KLIA pada 14 April bahawa polis sedang mencari suspek bernama Hafizul Harawi, 38 tahun.

Suspek dikenal pasti sebagai suami yang juga rakan kongsi perniagaan wanita yang disasarkan itu.

“Polis mengklasifikasikan suspek sebagai bersenjata dan berbahaya. Sesiapa yang mengesannya digesa supaya berkongsi maklumat dengan polis tetapi jangan bertindak sendirian,” kata Datuk Mohd Shuhaily.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi lelaki itu dan menghubungi polis dengan segera jika ternampaknya.

Polis percaya suspek telah melarikan diri ke utara.

Awal sebelum itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dalam satu kenyataan berkata kejadian tersebut berlaku sekitar 1.30 pagi.

“Ketika kejadian, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan. Satu tembakan mengena mangsa, yang bekerja sebagai pengawal peribadi wanita berkenaan,” kata beliau, lapor berita laman web, My Metro.

Suspek kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya ingin menembak isterinya, yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah,” ujar beliau.

“Insiden ini tiada kaitan dengan aktiviti atau kumpulan pengganas. Ia melibatkan isu peribadi. Keadaan di KLIA selamat dan terkawal,” tambah Datuk Hussein.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh, dan Akta Senjata Api, katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >