Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peguam M. Ravi didakwa di mahkamah selepas tampar wanita di kuil Hindu

Sep 17, 2023 | 2:21 PM
DIKENAKAN TUDUHAN: M. Ravi dikenakan tuduhan di Mahkamah Negara selepas menampar wanita di kuil Hindu.
DIKENAKAN TUDUHAN: M. Ravi dikenakan tuduhan di Mahkamah Negara selepas menampar wanita di kuil Hindu. - Foto fail

Peguam, Ravi Madasamy, yang sedang menjalani tempoh penggantungan, dikenakan empat tuduhan di Mahkamah Negara pada Sabtu, selepas dia menampar seorang wanita di pipi kiri pada hari sebelumnya.

Berusia 54 tahun, dia dikenakan satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja, satu lagi tuduhan berkelakuan tidak terkawal di tempat awam dan dua tuduhan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Ravi, yang juga dikenali sebagai M. Ravi, didakwa menampar wanita itu di Kuil Sri Mariamman sekitar 12 tengah hari, di mana dia juga dituduh meneriak kata-kata kesat dan menggunakan bahasa tidak sopan.

Menyusuli itu, dia didakwa menggelar seorang wanita lain di kuil itu sebagai pelacur, dengan hasrat menyebabkan gangguan.

Lebih awal dari itu, sekitar 11 pagi pada hari yang sama, dia didakwa menggunakan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil terhadap seorang lelaki di Pagoda Street, juga dengan hasrat menyebabkan gangguan. 

Ravi ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) pada Sabtu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan dijadual kembali ke mahkamah pada 29 September. 

Dia juga berdepan dengan dua lagi tuduhan serupa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg