Menghadapi keretakan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah bagi kaum wanita.

Selain memikirkan soal perceraian, mereka turut berdepan kebimbangan tentang anak-anak, kewangan dan masa depan.

Amanah Legal LLC percaya bahawa khidmat guaman bukan sekadar memberikan nasihat undang-undang, malah memahami keadaan klien dengan penuh empati dan keterbukaan.

Pengarah Urusan Amanah Legal LLC, Cik Nur Izyan Mohammad Rahim, dan Cik Syafiqah Ahmad Fu’ad, turut membawa perspektif sebagai ibu dalam mengendalikan kes undang-undang keluarga, khususnya apabila melibatkan kebajikan dan kepentingan anak-anak.

Pengalaman bergelar ibu, memberikan mereka sudut pandang yang lebih dekat terhadap keresahan ibu bapa, khususnya apabila sebuah perkahwinan berada di persimpangan.

BANTU KONFLIK KELUARGA HINGGA SELESAI

Menurut Cik Nur Izyan, 34 tahun, sepanjang lapan tahun dalam bidang guaman, beliau sedar setiap keluarga mempunyai dinamik tersendiri, menjadikan sesuatu kes itu unik dan mencabar.

Malah, keadaan yang berbeza memerlukan penelitian serta pendekatan yang mengambil kira keadaan individu.

Bagi wanita, proses perceraian boleh menjadi mencabar dari segi undang-undang dan emosi, apatah lagi apabila berhadapan dengan stigma masyarakat.

Dalam proses perundangan yang mengambil masa, beliau komited membantu klien memahami kedudukan mereka sehingga prosiding selesai.

GABUNG PENGALAMAN SEBAGAI PEGUAM DAN IBU

Cik Nur Izyan menambah, keputusan mahu bercerai adalah sesuatu yang bersifat peribadi, dan setiap individu mempunyai alasan tersendiri, sama ada suami ataupun isteri.

Oleh itu, keputusan tersebut wajar dihormati tanpa menghakimi.

“Kita tidak mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Justeru, penting bagi kita memahami keadaan mereka dan mendekati individu yang melalui perceraian dengan empati dan tanpa prejudis.

“Menjadi ibu telah mengubah cara saya melihat pertikaian keluarga, terutamanya apabila melibatkan anak-anak.

“Pengalaman membesarkan anak sendiri memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang tanggungjawab dan cabaran sebagai ibu bapa.

“Dalam kes perceraian dan hak penjagaan anak, saya memahami kebimbangan ibu bapa terhadap emosi, rutin harian dan masa depan anak-anak mereka.

“Pengalaman sebagai ibu juga menguatkan kepercayaan saya bahawa persengketaan antara ibu bapa perlu dikurangkan bagi mengelakkan kesannya terhadap anak-anak.

“Sebagai peguam, saya bukan sahaja perlu melindungi kepentingan klien, bahkan mengambil kira kebajikan dan kepentingan terbaik anak-anak,” kata Cik Nur Izyan, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.

PERCERAIAN BUKAN PENGAKHIRAN TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

Cik Syafiqah, 37 tahun, turut berkata beliau mendapat inspirasi daripada ibunya yang bergiat sebagai sukarelawan di Masjid Al-Ansar sejak beliau masih kecil.

Pengalaman itu membentuk nilai keprihatinan yang dibawanya sepanjang 11 tahun dalam bidang guaman, khususnya dalam membantu klien memahami pilihan yang ada dan mencari jalan penyelesaian ketika berdepan cabaran hidup.

Sebagai ibu seorang anak lelaki berusia lapan tahun, beliau memahami kebimbangan ibu bapa tentang kesan perceraian terhadap anak-anak.

Beliau mengingatkan bahawa berakhirnya perkahwinan tidak bermaksud berakhirnya hubungan antara ibu bapa dengan anak.

Anak tetap memerlukan kasih sayang, sokongan dan keyakinan bahawa mereka tidak ditinggalkan.

“Walaupun perkahwinan berakhir, tanggungjawab sebagai ibu bapa tetap berterusan. Anak-anak masih memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa.

“Jika keadaan mengizinkan, saya menggalakkan ibu bapa agar bekerjasama dan mengutamakan kebajikan anak-anak,” ujar Cik Syafiqah yang turut memberi tumpuan terhadap kes Perintah Perlindungan Peribadi (PPO).

Dalam kes melibatkan keganasan keluarga pula, perhatian turut diberikan kepada keselamatan klien dan anak.

Beliau mendengar tanpa menghakimi, menerangkan pilihan perlindungan serta menggalakkan sokongan daripada individu dipercayai dan perkhidmatan berkaitan.

Bagi kedua-dua peguam ini, pengalaman sebagai ibu melengkapkan pengetahuan profesional mereka dalam memahami keperluan klien, khususnya apabila melibatkan keluarga dan kebajikan anak-anak.

Di Amanah Legal LLC, klien boleh mendapatkan khidmat guaman berkaitan perceraian, undang-undang keluarga, wasiat dan perancangan harta pusaka Islam, dengan nasihat yang jelas serta pendekatan yang mengambil kira keadaan dan keperluan mereka.

Matlamat Amanah Legal LLC ialah membantu klien memahami pilihan yang ada dan membuat keputusan dengan lebih yakin.

SEKILAS

1. Layari pautan, https://www.amanahlegal.com.sg untuk maklumat lanjut.

2. Hubungi talian 8989-8246 untuk sebarang pertanyaan.

3. E-mel pertanyaan anda kepada salam@amanahlegal.com.sg.

4. Kunjungi pejabat syarikat di 300, Tampines Avenue 5, #09-02, Tampines Junction, Singapura 529653.