Topic followed successfully
Go to BHkuPek jagaan Palang Merah S’pura bantu warga emas hadapi cuaca panas, jerebu
Pek jagaan Palang Merah S’pura bantu warga emas hadapi cuaca panas, jerebu
Usaha program HoME+ bakal dekati 10,000 penduduk berisiko akibat perubahan iklim
Apr 6, 2026 | 7:46 PM
Pek jagaan Palang Merah S’pura bantu warga emas hadapi cuaca panas, jerebu
Semasa mengagihkan pek penjagaan oleh Palang Merah Singapura (SRC) pada 6 April di flat sekitar kejiranan Hougang, Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkongsi dengan warga emas, Cik Magdalene Tan, tentang cara mengurangkan kesan haba dan jerebu. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Sekitar 80 warga emas di serata Singapura yang terlibat dalam program Pemantauan Rumah dan Jagaan Warga Emas (HoME+) akan menerima pek penjagaan dengan barangan keperluan bagi membantu mereka menghadapi cuaca panas dan jerebu yang sedang melanda Singapura ketika ini.
Palang Merah Singapura (SRC) yang mengendalikan program pemantauan, pemberitahuan dan respons bagi warga emas yang tinggal bersendirian itu, mengagihkan pek mengandungi tuala penyejuk, pelitup muka (termasuk pelitup N95), botol air serta kipas mudah alih itu demi melindungi kesihatan pernafasan warga senja yang dibantu itu.
Laporan berkaitan
Chiang Mai isytihar zon bencana kebakaran, risiko jerebu serantau meningkatApr 1, 2026 | 2:22 PM
Sambutan Aidilfitri
di M’sia
‘panas berbahang’ susulan gelombang haba penghambat ceriaMar 29, 2026 | 5:30 AM

