Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja industri lif boleh jangkakan gaji lebih tinggi, laluan kerjaya lebih jelas

Sep 19, 2018 | 6:43 PM
MENARIK PEKERJA LEBIH MUDA: Encik Zaqy berkata saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Tiga Pihak Lif dan Tangga Bergerak mengikut Sektor (LESTC) dapat menarik, membangun dan mengekalkan pekerja setempat dalam industri lif.
MENARIK PEKERJA LEBIH MUDA: Encik Zaqy berkata saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Tiga Pihak Lif dan Tangga Bergerak mengikut Sektor (LESTC) dapat menarik, membangun dan mengekalkan pekerja setempat dalam industri lif. - Foto THE STRAITS TIMES

INDUSTRI lif setempat ingin menarik pekerja lebih muda dengan menawarkan gaji lebih baik dan laluan kerjaya yang lebih jelas.

Ini merupakan antara saranan oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk tahun lalu bagi memikirkan bagaimana untuk menarik, mempertingkatkan kemahiran dan mengekalkan tenaga kerja serta meningkatkan daya penghasilan dalam industri itu.

Mereka juga telah menyarankan agar satu rangka kerja kecekapan diwujudkan agar kemahiran dapat dipiawaikan.

Jawatankuasa Tiga Pihak Lif dan Tangga Bergerak mengikut Sektor (LESTC) telah mula berbincang Januari lalu dan pemerintah berkata hari ini (19 September) bahawa mereka telah menerima saranannya dan akan memastikan syarikat di sini melaksanakannya dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata saranan itu memberi hala tuju yang berguna bagi menarik, membangun dan mengekalkan pekerja setempat dalam industri lif.

"Ini dapat memastikan bahawa tenaga kerja lif kami dilengkapi lebih baik bagi menangani cabaran dalam penyenggaraan lif pada masa akan datang," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg