Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pekerja platform cedera perlu penuhi beberapa kriteria untuk terima bantuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pekerja platform cedera perlu penuhi beberapa kriteria untuk terima bantuan

Dec 06, 2023 | 06:45 PM



Pekerja platform yang cedera dan menerima cuti perubatan atau rawatan hospital berterusan daripada pengamal perubatan berdaftar tempatan selama lima hari atau lebih, boleh memohon bantuan di bawah Skim Dana Penjagaan NTUC (Bantuan Kecederaan Tempat Kerja) baru yang diumumkan pada 6 Disember.

Bagaimanapun, mereka perlu menjadi ahli persatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) – iaitu Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA) dan Persatuan Teksi Nasional (NTA) –  selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Dalam pada itu, mereka juga perlu mengemukakan bukti dokumen yang diperlukan seperti laporan kecederaan kerja dan sijil cuti perubatan, antara kriteria lain yang ditetapkan. 

Ahli yang memenuhi semua kriteria akan menerima baucar NTUC FairPrice bernilai $250. 

Dalam satu kenyataannya, NTUC berkata skim bantuan baru yang dilancarkan itu bertujuan membantu pemandu teksi, pemandu kereta sewa privet (PHV) serta pekerja penghantaran yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja.

Ini sementara mereka menunggu keputusan permohonan untuk program bantuan lain atau tuntutan insurans, kata NTUC, sambil menambah bahawa bantuan ini penting terutama bagi mereka yang mungkin mengalami masalah kewangan dan kehilangan sumber pendapatan sementara mereka pulih.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen NTUC terhadap kebajikan pekerja platform dan penghantaran yang tidak dilindungi di bawah Akta Pampasan Kecederaan Pekerjaan (Wica), dan mereka juga mungkin kekurangan insurans kemalangan peribadi yang komprehensif.

“Jika mereka mengalami kecederaan semasa bekerja, ahli yang bekerja sendiri ini mesti menunggu hampir dua minggu sebelum beliau boleh mengharapkan untuk menerima sebarang bantuan kewangan daripada badan pemerintah atau masyarakat disebabkan masa pemprosesan.

“Dalam keadaan sedemikian, ahli yang mengalami kecederaan di tempat kerja dan merupakan pencari nafkah tunggal tanpa mempunyai sebarang simpanan, akan menghadapi cabaran untuk meletakkan makanan di atas meja,” kata NTUC dalam kenyataannya.

Ahli yang layak perlu mengemukakan permohonan mereka dalam tempoh dua minggu dari tarikh cuti perubatan atau kemasukan ke hospital diberikan, atau dalam tempoh dua minggu selepas mereka keluar dari hospital.

Tarikh pemberian cuti perubatan atau kemasukan ke hospital mestilah tidak melebihi dua minggu dari tarikh mereka mengalami kecederaan.

Di samping itu, mereka juga perlu menyerahkan bukti kerja semasa mereka mengalami kecederaan – seperti tangkapan skrin aplikasi Platform yang menunjukkan nama ahli dan status aktiviti pada tarikh kemalangan.

Hanya satu permohonan boleh dikemukakan untuk kemalangan yang sama, dan ahli dihadkan kepada maksimum dua permohonan unik yang diluluskan dalam satu tahun kalendar.

Ahli boleh memohon skim ini melalui persatuan masing-masing sebaik sahaja skim ini berkuatkuasa pada 15 Januari 2024.

NPHVA, NDCA dan NTA kemudiannya akan menilai permohonan tersebut dan mengagihkan baucar kepada ahli atau ahli keluarga mereka yang ditetapkan dalam tempoh 48 hingga 72 jam selepas permohonan diluluskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >