Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja sektor penerbangan terima perlindungan minimum vaksin

Jan 10, 2023 | 5:30 AM
KIAN PULIH: Encik Iswaran berkata paras bilangan pekerja yang bertugas di Lapangan Changi kini sekitar 90 peratus paras prapandemik. - Foto BH oleh FELINE LIM
KIAN PULIH: Encik Iswaran berkata paras bilangan pekerja yang bertugas di Lapangan Changi kini sekitar 90 peratus paras prapandemik. - Foto BH oleh FELINE LIM -

HAMPIR semua pekerja sektor penerbangan telah menerima perlindungan minimal vaksinasi sebagaimana ditetapkan Kementerian Kesihatan (MOH).

Keperluan pemakaian Alat Perlindungan Peribadi turut diterapkan bagi semua pekerja Lapangan Terbang yang mengendali penumpang dan terlibat dalam pekerjaan pembersihan.

Pekerja di lapangan terbang itu juga boleh menerima suntikan penggalak vaksin Covid-19 itu di pusat vaksinasi yang disediakan di serata pulau dan juga kemudahan baru yang tersedia di klinik Raffles Medical Group, di Terminal 3.

Demikian dinyatakan Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran di Parlimen semalam.

Beliau berkata sejak permulaan proses melonggarkan sekatan Covid-19 Singapura terhadap perjalanan luar negara, keutamaan pihaknya adalah untuk melindungi kesihatan pekerja penerbangan, pengembara dan masyarakat sejagat.

"Kami bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memantau keadaan Covid-19 sedunia yang kian berubah dan menerapkan langkah dipertingkat sebagaimana yang diperlukan," katanya.

Encik Iswaran berkata: "Komuniti penerbangan kami akan kekal berwaspada, dan sentiasa bersedia memberi respons secepat mungkin jika terdapat perubahan dari segi penilaian risiko Kementerian Kesihatan (MOH) seperti kemunculan Varian Membimbangkan. Ini adalah normal baru bagi sektor penerbangan sedang kami bangkit keluar dari Covid-19," tegasnya.

Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) bertanya sekiranya langkah beransur-ansur yang diambil akan menjejas matlamat Lapangan Terbang Changi memulihkan paras penerbangan ke tahap prapandemik.

Encik Iswaran berkata tindakan lapangan terbang itu berbuat demikian secara beransur adalah untuk membuat persediaan dari segi kapasiti operasi dan fizikal dan juga dari segi tenaga manusianya agar berupaya mengendali peningkatan dari segi penerbangan yang bakal ia terima.

Dari sudut operasi, ia kini berupaya menampung paras prapandemik 68 juta penumpang setiap tahun dan dari segi tenaga manusia, jumlah pekerja yang bertugas kini sekitar 90 peratus paras prapandemik, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg