Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pelajar Madrasah Al-Arabiah muncul naib johan peraduan animasi video

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar Madrasah Al-Arabiah muncul naib johan peraduan animasi video

Mar 01, 2024 | 07:12 PM



Pelajar dari Madrasah Arabiah Al Islamiah (MAI) berjaya meraih tempat kedua selaku naib johan dalam pertandingan kebangsaan N.E.mation 2024 anjuran Singapore Discovery Centre.

Pasukan ‘Tic Tac Toe’ dari MAI berjaya menambat hati pengadil dan pengundi apabila video animasi pendek mereka yang bertema, Together We Keep Singapore Strong, terpilih.







Pertandingan N.E.mation 2024 itu disertai oleh lebih 200 pasukan dari 58 sekolah serata Singapura termasuk pasukan dari Sekolah Perempuan Raffles, yang menyandang tempat pertama.

Ketiga-tiga pelajar madrasah Menengah 4 itu termasuk Amni Begum Muhd Izhar, Maryam Najm Abhar Jamaludin dan Sehrish Muhd Ghouse Miyajee, kesemuanya 15 tahun.

Mereka berkata pihak madrasah banyak memberikan sokongan semasa bengkel animasi lima hari di politeknik tempatan yang dibimbing oleh pelajar diploma dari jurusan media.

Sehrish selaku ketua pasukan ‘Tic Tac Toe’ berkata kepada Berita Harian (BH):


“Kami mendapat tahu tentang pertandingan ini melalui guru kelab media kami, Encik Del Rasouli, dan kami pernah terlibat dalam pertandingan yang sama selama tiga tahun berturut-turut, tetapi ini kemenangan yang pertama buat kami.”

Pihak madrasah juga menyediakan komputer riba untuk belajar sepanjang pertandingan, selain memberi sokongan moral yang padu kepada pasukan itu.

“Selain pihak madrasah, keluarga pelajar dan kawan-kawan lain juga digalak membuat pengundian, yang membantu dalam pemilihan pemenang.

Seorang lagi anggota pasukan, Amni Begum, pula berkata:

“Saya dan Maryam lebih mahir melukis, jadi kami diberi tugas untuk melukis produk kami, manakala Sehrish lebih berpengalaman dalam coding dan menggunakan sofwe animasi, jadi kami bahagi-bahagikan kerja ikut kepakaran masing-masing.”


Projek animasi itu mengambil masa tiga setengah hari untuk disiapkan, dan pelajar-pelajar itu menggunakan masa selebihnya (satu setengah hari) untuk memperbaiki video mereka.

Encik Del Rasouli, selaku guru bertanggungjawab ke atas kelas kegiatan kokurikulum (CCA) Kelab Media, berkata pihak madrasah amat berbangga dengan pelajar yang terlibat kerana menunjukkan kecekalan dalam kesungguhan semasa menghadiri bengkel lima hari dan pertandingan.

“Keghairahan mereka terhadap bidang animasi telah membuahkan ganjaran dengan kejayaan mencapai kedudukan naib johan.

“Ini selaras dengan nilai 2RISE sekolah kami (Respect atau Hormat, Responsibility (Tanggungjawab), Integrity (Kewibawaan), Spirituality (Kerohanian) serta Excellence (Kecemerlangan).”


Apabila ditanya sama ada pasukan itu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menang, mereka bertiga sebulat suara berkata walaupun menaruh harapan tinggi, mereka juga berasa tekanan daripada bahang persaingan daripada pasukan yang turut menghasilkan animasi bermutu tinggi berbanding animasi mereka yang lebih ringkas.

“Kami betul-betul terkejut... apabila nama-nama pemenang diumumkan, kaki kami terasa kebas,” kata Serish.

Setiap pemenang naib johan itu membawa pulang sebuah tablet lukisan peribadi daripada WACOM, baucar bernilai $100 daripada Kedai Buku Popular, dan baucar bernilai $100 daripada Singapore Discovery Centre.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >