Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar Madrasah Aljunied timba ilmu kewangan

Aug 16, 2024 | 3:59 PM
(Dari kiri) Naib pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustaz Dr Afif Pasuni; kakitangan Maybank, Encik Fazlur Rahman Kamsani; guru bahasa Inggeris Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Sukri Kadola dan kakitangan Maybank, Ustaz Muhammad Nuzaihan Hamdan.
(Dari kiri) Naib pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustaz Dr Afif Pasuni; kakitangan Maybank, Encik Fazlur Rahman Kamsani; guru bahasa Inggeris Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Sukri Kadola dan kakitangan Maybank, Ustaz Muhammad Nuzaihan Hamdan. - Foto FACEBOOK FAZLUR RAHMAN BIN KAMSANI

Pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah telah berpeluang mengasah pengetahuan dan kemahiran dalam isu-isu berkaitan kewangan menerusi satu program celik kewangan.

Program itu yang dibiayai Maybank dengan kerjasama Kowabunga! Global dan diadakan di madrasah tersebut pada 1 Ogos, adalah yang kedua dalam siri usaha bank itu untuk membawa pendidikan kewangan ke madrasah tempatan.

Dengan meluaskan usaha mendidik kewangan kepada pelajar madrasah, ia selaras dengan misi Maybank dalam memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam perjalanan ke arah pemerkasaan kewangan.

Sesi pertama program itu telah diadakan di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, pada 26 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Negara Maybank Singapura, Encik Alvin Lee, berkata:

“Pelajar madrasah memperoleh kemahiran penting yang membantu mereka membuat keputusan kewangan dan memupuk tabiat kewangan yang positif seperti menabung dengan konsisten, perbelanjaan berhemat dan membuat pelaburan dengan bijak”.

Sepanjang sesi selama 45 minit, para pelajar bukan sahaja diajar asas kewangan tetapi juga diberi motivasi supaya mengambil langkah dalam kehidupan seharian mereka. 

Dalam memastikan pelajar dari peringkat rendah hingga prauniversiti dapat memahami konsep yang diajar dengan mudah, Maybank telah bekerjasama dengan Kowabunga! Global dalam menjalankan sesi secara interaktif, menarik dan praktikal.

Dengan cara itu, Encik Lee berkata pelajar mempelajari tentang kewangan dengan menggunakan senario harian untuk menerangkan belanjawan, menabung dan berbelanja, serta cara mereka boleh menyelamatkan bumi ini melalui tindakan mereka.

Antara topik yang disampaikan semasa sesi itu adalah perbelanjaan yang bertanggungjawab dan pengurusan wang yang berhemat, dan menyerlahkan kesan positif yang boleh pelajar boleh lakukan melalui amalan mampan – sejajar dengan tujuan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tambah beliau.

Pelajar turut berpeluang untuk mengukuhkan konsep utama melalui kuiz yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan untuk mereka.

Sehingga kini, 400 pelajar dari kededua madrasah telah meraih manfaat daripada inisiatif tersebut.

Di samping itu, siri inisiatif celik kewangan tersebut turut merangkumi kerjasama Maybank dengan KidSTART dalam melancarkan program Maybank KidSTART Saving Star pada 2023 yang menggalak keluarga berpendapatan rendah supaya membina simpanan anak-anak mereka dari usia muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg