Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar NP boleh peroleh ijazah universiti lebih cepat dengan skim laluan pantas

Jan 10, 2025 | 4:32 PM
Beberapa inisiatif Politeknik Ngee Ann direka bagi memberi pelajar lebih fleksibiliti dalam membentuk laluan pembelajaran mereka.
Beberapa inisiatif Politeknik Ngee Ann direka bagi memberi pelajar lebih fleksibiliti dalam membentuk laluan pembelajaran mereka. - Foto ST

Pelajar yang menyertai Politeknik Ngee Ann (NP) pada tahun akademik baru 2025 akan mempunyai lebih ruang menyesuaikan pembelajaran mereka melalui banyak lagi jurusan dan pengkhususan.

Politeknik itu juga membenarkan pelajarnya mengambil modul daripada beberapa universiti semasa semester akhir mereka.

Ini bermakna mereka boleh menamatkan program ijazah sarjana muda setahun lebih awal dengan pengecualian modul, lapor The Straits Times.

Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) adalah tambahan terbaru kepada senarai universiti tempatan yang menjalin kerjasama dengan NP bagi skim “jalan pantas” itu, yang dipanggil Program Laluan Universiti.

Kira-kira 50 pelajar akan mendapat manfaat daripada program itu setiap tahun.

Setakat ini, dalam tempoh dua tahun lalu, 10 pelajar politeknik telah mengambil modul daripada Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD).

Sekitar 63 peratus lulusan NP berjaya memasuki enam universiti tempatan pada 2024, meningkat berbanding 48 peratus pada 2021, kata Encik Mah Wee Beng, timbalan pengetua dan pendaftar NP, semasa taklimat media pada 8 Januari.

Sebagai contoh, pelajar tahun ketiga bidang teknologi maklumat boleh mengambil modul sains dan kemanusiaan di SUTD semasa semester terakhir mereka di NP.

Pelajar yang mendaftar dalam lapan kursus NP seperti reka bentuk, kejuruteraan bioperubatan dan media imersif juga akan dapat mengambil modul daripada SMU dari 2025, dan NUS dari 2026.

Mereka yang berada dalam skim itu menerima kemasukan bersyarat ke universiti tersebut.

Cik Emma Liew, 21 tahun, yang lulus daripada NP pada Mei 2024 dengan diploma dalam sains kejuruteraan, menghadiri SUTD untuk mengambil dua modul - fizik dan matematik.

Beliau melakukannya semasa tempoh cuti sekolah sebulan ketika di tahun kedua dan ketiga pengajiannya di politeknik.

Walaupun mengambil modul tersebut mengisi masa lapangnya, beliau berkata ia memberi manfaat kepadanya kerana beliau diterima lebih awal ke SUTD pada September 2023, ketika beliau masih menyiapkan projek tahun akhir di politeknik.

“Kebimbangan untuk masuk ke universiti sudah pasti perkara sebenar dalam politeknik. Tetapi kerana program ini, saya diberi sedikit kelebihan awal, jadi saya tidak perlu risau sangat,” kata Cik Liew, yang sedang mengambil jurusan pembangunan produk kejuruteraan di SUTD.

Program Laluan Universiti itu adalah salah satu inisiatif NP untuk memberi pelajar lebih fleksibiliti dalam membentuk kurikulum mereka.

Satu projek perintis akan datang akan membolehkan pelajar daripada lima kursus diploma di bawah sekolah kejuruteraan dan teknologi infokom politeknik itu mengambil jurusan kedua dalam perniagaan.

Encik Lim Kok Kiang, ketua eksekutif dan pengetua NP, berkata ini kali pertama pelajar politeknik boleh mengikuti dua jurusan, dan ini akan melengkapkan pelajar dengan lebih banyak peluang kerjaya dan pendidikan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg