Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar NUS boleh ikuti jurusan seni persembahan mulai Ogos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar NUS boleh ikuti jurusan seni persembahan mulai Ogos

Mar 07, 2024 | 01:54 PM



Mahasiswa di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan mempunyai pilihan mengambil jurusan kedua atau minor dalam seni persembahan.

Ini sebagai sebahagian daripada daya usaha baru universiti itu untuk menyepadukan seni ke dalam pembelajaran.

Kursus seni persembahan yang memberi kredit, yang kini ditawarkan untuk empat kumpulan – tarian Cina, orkestra Cina, orkestra simfoni dan simfoni alat tiupan – telah disediakan kepada mahasiswa sejak Ogos 2023.

Ia membantu mereka memenuhi syarat elektif bagi pendidikan sarjana muda, kata NUS dalam satu kenyataan pada 7 Mac.

Lebih daripada sekadar prestasi artistik, kursus itu menilai pelajar daripada sudut sumbangan aktif, penglibatan dan keupayaan mereka bekerjasama dengan orang lain, kata NUS.

Bagi menggantikan kuliah atau seminar biasa, setiap kumpulan seni persembahan mengikuti rutin latihan biasa secara gabungan atau seksyen. Ia bagi membolehkan anggota seksyen serupa berlatih bersama.

Kira-kira 160 pelajar kini mendaftar dalam empat kumpulan itu, kata NUS dan ia berharap dapat mengembangkan bilangan kumpulan yang layak.

Kini terdapat 32 kumpulan seni persembahan, yang diuruskan secara langsung oleh Pejabat Pusat Ehwal Pelajar NUS untuk Seni (CFA).

Mulai Ogos 2024, kredit kursus yang diperoleh boleh dikumpulkan ke arah jurusan kedua atau minor dalam seni persembahan.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah lebih luas yang dipanggil, ‘Seni Untuk Semua’ oleh CFA NUS bagi menambah penyertaan pelajar dalam seni dan meningkatkan pembelajaran antara disiplin.

Pelajar mempunyai pilihan melibatkan diri dalam seni persembahan di empat peringkat.

Ia bermula dengan “kegiatan gabungan” dalam bentuk kumpulan yang diterajui pelajar, sebelum beralih ke aktiviti kumpulan tanpa kredit bagi penglibatan yang lebih berstruktur dan daya usaha peringkat masyarakat.

Mereka yang mahukan pendekatan akademik berstruktur boleh menyertai kegiatan berkumpulan yang memberi kredit atau mengikuti jurusan kedua atau minor dalam seni persembahan.

Naib dekan pelajar NUS, Profesor Madya Chan Tze Law, memberitahu The Straits Times, dalam satu temu bual pada 27 Februari, bahawa peluang di peringkat berbeza akan meluaskan akses pelajar kepada seni mengikut “spektrum”.


“Di satu sudut, pelajar menikmati akses peringkat permulaan seni, yang membolehkan mereka membentuk kumpulan minat mereka sendiri,” kata Profesor Chan.

Beliau menambah bahawa ia membuka peluang percubaan secara luas tanpa memerlukan pengalaman.

Profesor Chan, yang juga menyelia CFA, berkata kumpulan peringkat permulaan, atau sekutu, berpotensi menjadi kumpulan yang lebih formal dengan pembiayaan lebih mantap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >