Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar NUS didenda $6,800 curi 9 kali dekat kolam renang kampus

Dec 24, 2024 | 4:44 PM
Sun Xingyu, warganegara China berusia 22 tahun, didenda $6,800 pada 23 Disember selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan kecurian. 
Sun Xingyu, warganegara China berusia 22 tahun, didenda $6,800 pada 23 Disember selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan kecurian.  - Foto PIXABAY

Seorang pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) mencuri wang tunai dan barang berharga bernilai lebih $1,700 daripada beberapa mangsa di bilik persalinan kolam renang pusat sukan universiti itu.

Sun Xingyu, seorang warga China berusia 22 tahun, melakukan kesalahan itu sembilan kali antara Januari dan April.

Dia didenda $6,800 pada 23 Disember selepas mengaku bersalah bagi tiga tuduhan mencuri. Enam tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Wang tunai dan barang berharga lebih $1,500 yang dicurinya telah diperoleh semula daripadanya, dan dia telah membuat pembayaran balik sebanyak $150 kepada mangsa, lapor The Straits Times (ST).

Pegawai Pendakwa Negara (SPO) Teo Keng Beng memberitahu mahkamah salah seorang mangsa memasuki bilik persalinan itu sekitar 3.30 petang pada 11 Mac untuk meletak begnya di atas bangku, dan kemudian memasuki kolam renang.

Sun mencuri wang tunai $50 dan sepasang Apple AirPods 3 berharga $300 dari beg mangsa berusia 26 tahun itu.

Pada hari sama, Sun turut mencuri wang tunai $50 dan sepasang Apple AirPods Max berharga sekitar €600 ($850) dari beg seorang lelaki berusia 20 tahun.

Kededua mangsa, yang merupakan pelajar NUS ketika itu, membuat laporan polis.

Dalam kejadian lain sekitar 5.30 petang pada 15 Mac, seorang pembantu penyelidik berusia 33 tahun memasuki bilik persalinan itu, meletak beg galasnya di atas bangku, dan kemudian pergi berenang. 

Sun mengambil kesempatan dengan mencuri barang berharga $400 daripada beg yang ditinggalkan itu, termasuk sebuah bungkusan bateri Apple, kata SPO Teo.

Pembantu penyelidik itu membuat laporan polis pada 21 Mac, dan Sun ditangkap pada 3 April.

Bagi setiap tuduhan mencuri pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan dikenakan denda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg