Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar program Mendaki kunjungi BH, selami dunia wartawan
Pelajar berpeluang mengunjungi studio podcast Berita Harian (BH), salah satu daripada pelbagai wadah BH untuk mendekati audiens dan pembaca. - Foto YAYASAN MENDAKI
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 29, 2026 | 7:34 PM
Seramai 30 pelajar sekolah menengah daripada Program Pencapaian Mendaki (MAP) mengunjungi pejabat Berita Harian (BH) pada 29 Ogos untuk menyelami dunia kewartawanan dan media.
Mereka turut berpeluang beramah mesra dengan kakitangan BH daripada pelbagai seksyen termasuk wartawan dan jurugambar yang berkongsi tentang tugas dan peranan mereka.
Pelajar juga mempelajari tentang usaha BH untuk mendekati pembaca menerusi pelbagai wadah termasuk kandungan media sosial dan podcast.
Kedatangan pelajar itu disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, serta Editor Perkembangan Audiens, Cik Norhaiza Hashim.
Kedatangan pelajar MAP ke bilik berita BH pada 29 Ogos disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (berkemeja putih), serta Editor Perkembangan Audiens, Cik Norhaiza Hashim (duduk, tiga dari kanan). - Foto YAYASAN MENDAKI
Laporan berkaitan
Mendaki lantik 4 ahli Lembaga Pengarah baharu, termasuk 3 APAug 28, 2026 | 7:57 PM
Mendaki sedia ruang belajar percumaAug 27, 2026 | 7:57 PM
