Seramai 30 pelajar sekolah menengah daripada Program Pencapaian Mendaki (MAP) mengunjungi pejabat Berita Harian (BH) pada 29 Ogos untuk menyelami dunia kewartawanan dan media.

Mereka turut berpeluang beramah mesra dengan kakitangan BH daripada pelbagai seksyen termasuk wartawan dan jurugambar yang berkongsi tentang tugas dan peranan mereka.

Pelajar juga mempelajari tentang usaha BH untuk mendekati pembaca menerusi pelbagai wadah termasuk kandungan media sosial dan podcast.

Kedatangan pelajar itu disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, serta Editor Perkembangan Audiens, Cik Norhaiza Hashim.

Turut hadir ialah Kolonel Helmi Khaswan, yang juga Naib Pengerusi Project Pathfinder SG, satu inisiatif yang bekerjasama dengan Mendaki untuk program belia seperti pendedahan kerjaya di pelbagai sektor.

Kedatangan pelajar MAP ke bilik berita BH pada 29 Ogos disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (berkemeja putih), serta Editor Perkembangan Audiens, Cik Norhaiza Hashim (duduk, tiga dari kanan).
Kedatangan pelajar MAP ke bilik berita BH pada 29 Ogos disambut Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (berkemeja putih), serta Editor Perkembangan Audiens, Cik Norhaiza Hashim (duduk, tiga dari kanan). - Foto YAYASAN MENDAKI