Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pelajar RI mahu terus berbakti kepada masyarakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar RI mahu terus berbakti kepada masyarakat

Feb 24, 2024 | 05:30 AM



Encik Umar Abdillah Shah Mohamed Adam Shah telah didedahkan kepada sifat menyumbang kepada masyarakat oleh ibu bapanya sejak kecil yang membuatnya berasa senang hati untuk melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan.

Justeru tidak menghairankan semasa menuntut di Raffles Institution (RI), anak sulung dalam keluarga tiga beradik itu bergiat aktif dalam pelbagai program yang membolehkannya menyumbang kepada masyarakat.

Encik Umar Abdillah Shah mengetuai kumpulan kegiatan kokurikulum (CCA) Interact Club dengan 100 ahli yang antara lain merancang kegiatan bermakna untuk golongan pesakit barah, orang kurang upaya dan kanak-kanak.

Di luar RI, beliau pengasas bersama Muda.SG, sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang ditubuhkan pada 2020 oleh beberapa pelajar berumur 15-17 tahun yang mahu memperkasa masyarakat Melayu/Islam setempat. Antara kegiatan yang dijalankan ialah membersihkan masjid dan menaik taraf keadaan rumah golongan memerlukan.

“Saya menganggap kerja amal sebagai salah satu kewajipan dalam kehidupan saya. Ia tidak seharusnya terhad kepada ikhtiar yang besar menggunung tetapi amalan kecil kami juga setaraf kebaikannya.

“Melalui pendedahan dari usia muda, telah tercetus minat saya untuk sentiasa menyumbang kembali kepada masyarakat dalam apa jua cara yang saya boleh,” kata anak pasangan pengurus dan guru itu.

“Semasa kecil, saya berpegang kepada pemikiran iaitu kerja kebajikan adalah wadah untuk kita menolong orang lain. Namun, hanya apabila saya membesar barulah saya sedar bahawa kerja amal itu dua-alih, di mana kami juga dapat belajar dan menerima nasihat daripada orang di sekeliling kita,” tambahnya yang merupakan pelajar Program Raffles yang berlangsung selama enam tahun.

Di RI, Encik Umar Abdillah Shah antara lain menerajui Program Bimbingan RI di bawah Interact Club yang diketuainya. Program itu bertujuan memupuk serta mendalamkan minat pelajar dari lebih lima sekolah rendah terhadap ilmu dan pelajaran.

“Di samping itu, saya juga mengorak langkah untuk merangkakan rancangan pengajaran untuk setiap minggu dan program ini berlangsung sepanjang setahun. Selama pengalaman saya menghasilkan pakej pengajaran yang bersesuaian serta menarik, cabaran utama adalah untuk mengekalkan perhatian pelajar,” kata beliau.

“Bagaimanapun, khususnya, program ini bukan kelas tambahan dan sebaliknya, program bimbingan, dengan kami seharusnya membina silaturahim dengan pelajar-pelajar sekolah rendah tersebut. Kami cuba menjadi teladan kepada mereka dan bagaikan abang-kakak kepada mereka,” tambahnya.

Encik Umar Abdillah Shah, 19 tahun, akur mengimbangi kerja sekolah serta kerja kemasyarakatan tidak mudah dan ada kala beliau terpaksa tidur lewat malam disebabkan kesuntukan masa.

“Namun, dengan sokongan daripada keluarga serta guru-guru yang memahami dan sahabat-sahabat yang sangat merangsangkan, saya dapat mengatur masa dengan lebih bijak dan mengulang kaji untuk peperiksaan GCE peringkat ‘A’,” katanya yang sedang menjalani perkhidmatan negara (NS).

Beliau turut meluahkan rasa syukur dapat dibimbing oleh guru-guru yang berdedikasi serta rakan-rakan yang positif dalam melaksanakan usaha baru.

Walaupun ada kala kerja kemasyarakatan memakan masa, beliau berkata RI memastikan pelajar diberi wadah dan masa untuk melakukannya.  

Encik Umar Abdillah Shah antara 1,145 pelajar RI yang mengambil keputusan peperiksaan GCE peringkat ‘A’ mereka pada 23 Februari.

Daripada jumlah itu, 492 pelajar RI mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian.

Umar Abdillah Shah seorang daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang itu.

Beliau mendapat enam kepujian iaitu bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Ekonomi, Kerja Projek (PW) dan Kertas Am (GP).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >