Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelaksanaan SimplyGo ‘keputusan yang salah’; LTA patut berunding dengan lebih meluas: Hong Tat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelaksanaan SimplyGo ‘keputusan yang salah’; LTA patut berunding dengan lebih meluas: Hong Tat

Jan 26, 2024 | 06:30 PM



Walaupun pemerintah telah berunding dengan lebih 1,000 penumpang sebelum pelaksanaan SimplyGo, ia sepatutnya berunding dan mengumpulkan pandangan daripada golongan penumpang yang lebih luas bagi memahami keprihatinan mereka, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Bercakap kepada media di pejabat Kementerian Pengangkutan di Alexandra Road, Encik Chee, yang baru-baru ini telah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada 23 Januari, berkata kementeriannya akan mengambil iktibar daripada kejadian ini dan akan melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.







“Ini adalah kesilapan dalam membuat keputusan dari pihak kami dan saya memohon maaf kepada para penumpang atas apa yang berlaku. Kami akan belajar daripada kesilapan ini dan kami akan melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya telah mengarahkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk melihat cara bagi menambah baik ciri SimplyGo dan untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Saya fikir adalah penting untuk memberikan pilihan ini kepada penumpang kami yang ingin melihat potongan tambang mereka dan baki kad di pintu tambang dan pembaca kad bas.

“Seandainya kami telah berunding dengan lebih meluas, dan mengumpul pandangan daripada kumpulan penumpang yang lebih luas sebelum kami membuat keputusan dan membuat pengumuman pada 9 Januari, sudah pasti kami akan menerima reaksi dan keprihatinan yang lebih kuat daripada sesetengah penumpang,” kata Encik Chee.

Sistem SimplyGo, yang dilancarkan pada 2019, membolehkan pemegang kad melihat sejarah tambang mereka, menambah nilai kad dan menyekat kad yang hilang untuk mengelakkan transaksi yang tidak dibenarkan menerusi aplikasi SimplyGo.

Berbanding dengan kad ez-link lama, SimplyGo tidak menunjukkan baki kad melalui pintu tambang dan pembaca kad bas.

Pada 9 Januari, LTA telah mengumumkan bahawa penumpang tidak akan dapat menggunakan kad ez-link lama yang tidak serasi dengan platform SimplyGo atau kad Nets FlashPay untuk membayar tambang bas dan MRT mulai 1 Jun.

Berikutan beberapa keluhan di kalangan netizen yang bimbang pertukaran kepada SimplyGo tidak akan lagi membenarkan mereka melihat potongan tambang dan baki kad di pintu tambang dan pembaca kad bas, LTA mengumumkan pada 22 Januari ia tidak akan meneruskan rancangan itu.

“Pengguna mahu kami mengekalkan ciri semasa untuk melihat potongan yang adil dan baki akaun di pintu tambang dan di pembaca kad bas. Saya faham keluhan mereka dan kami menghormati pilihan mereka.

“Kami faham mereka sudah biasa dengan ciri ini dan mereka rasa ia berguna. Jadi kami akan mengekalkan sistem tiket berasaskan kad ini untuk penumpang dewasa dan kami tidak akan menghentikannya pada 2024 mengikut rancangan asal,” kata Encik Chee.

Sehingga Disember 2023, 41 peratus penumpang dewasa sudah menggunakan kad bank dan dompet mudah alih mereka di SimplyGo dan 23 peratus lagi penumpang dewasa sudah menggunakan kad nilai SimplyGo, kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >