Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelancong S’pura sesat di gunung Korea S, diselamatkan helikopter
Pelancong S’pura sesat di gunung Korea S, diselamatkan helikopter
Didakwa masuki kawasan larangan sebelum sesat
Pelancong S’pura sesat di gunung Korea S, diselamatkan helikopter
Seorang pelancong warga Singapura terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter di Korea Selatan selepas beliau didakwa tersasar memasuki kawasan larangan di salah sebuah gunung di sana dan kemudian sesat.
Lelaki berusia 60 tahun itu, yang hanya dikenali sebagai Encik A dalam laporan media tempatan, didakwa memasuki zon larangan di Gunung Sanbangsan yang terletak di pesisir barat daya Pulau Jeju pada 7.48 malam, 18 Mei.
Gunung tersebut menarik ramai pengunjung kerana ladang bunga pokok sawi yang berwarna-warni pada musim bunga, namun kawasan bahagian atas Gunung Sanbangsan, termasuk puncaknya, ditutup kepada orang awam bagi melindungi tumbuh-tumbuhan di situ dan mencegah kejadian runtuhan batu.
Pengunjung hanya dibenarkan sehingga ke kaunter tiket dan Kuil Gua Sanbanggulsa yang terletak di pertengahan gunung itu.
Akhbar The Chosun Daily melaporkan pada 19 Mei bahawa lelaki itu tersesat selepas mendaki Gunung Sanbangsan lalu membuat panggilan kecemasan.
Laman berita berbahasa Inggeris itu melaporkan bahawa pihak berkuasa bomba, yang melancarkan operasi pencarian, berjaya menyelamatkan lelaki tersebut menggunakan helikopter sekitar 10 malam, iaitu dua jam selepas menerima laporan tersebut.
Lelaki itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Agensi pihak berkuasa Jeju pada 19 Mei berkata mereka sedang menyiasat warga Singapura itu kerana disyaki melanggar Akta Pemuliharaan dan Penggunaan Warisan Budaya.
Pencerobohan tanpa kebenaran ke dalam zon larangan boleh dikenakan denda sehingga 20 juta won ($17,000) atau hukuman penjara sehingga dua tahun.
