Pelanggan, pekerja gerai kerjasama jaga kebersihan kedai kopi
Pelanggan, pekerja gerai kerjasama jaga kebersihan kedai kopi
Perjanjian dimeterai pupuk tanggungjawab bersama perkukuh piawaian kebersihan awam
Mar 31, 2026 | 7:10 PM
Pelanggan, pekerja gerai kerjasama jaga kebersihan kedai kopi
Penampalan pelekat yang memberi peringatan visual kepada para pelanggan dan pembantu gerai tentang kebersihan telah ditampal di beberapa kedai kopi oleh (dari kiri) Pengerusi Majlis Kebersihan Awam (PHC), Encik Andrew Khng; Pengarah Eksekutif PHC, Dr Christina Liew; dan Pengerusi Persatuan Peniaga Bar dan Restoran Kopi Foochow, Encik Hong Poh Hin, selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 31 Mac. - Foto ST
Para pelanggan boleh menjangkakan pengalaman makan di kedai kopi yang lebih bersih dan selesa berikutan kerjasama pelanggan bersama pekerja gerai makan dalam mengekalkan piawaian kebersihan di kedai kopi merata Singapura.
Ini hasil daripada perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai oleh Majlis Kebersihan Awam (PHC) bersama Persatuan Peniaga Bar dan Restoran Kopi Foochow di bangunan Foochow yang terletak di kawasan Lavendar pada 31 Mac.
Laporan berkaitan
Mula sebagai gurauan, 3 remaja buka gerai makanan BaratFeb 2, 2026 | 5:30 AM


