Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelatih sukarela dipenjara 6 bulan susulan kematian pelajar ACS(I)

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelatih sukarela dipenjara 6 bulan susulan kematian pelajar ACS(I)

Pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) maut setelah terjatuh semasa lakukan kegiatan berasaskan ketinggian
Jan 15, 2024 | 06:58 PM



Seorang pelatih sukarela bagi kegiatan luar telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas kematian pelajar Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) berusia 15 tahun susulan kejadian semasa aktiviti berasaskan ketinggian pada 2021.

Menurut laporan The Straits Times, Muhammad Nurul Hakim Mohamad Din, 23 tahun, mengaku bersalah pada 15 Januari atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jethro Puah dengan melakukan perbuatan terburu-buru yang membahayakan nyawa manusia.


Dia gagal melakukan pemeriksaan fizikal pada abah-abah Jethro, menyebabkan gelung kaki mangsa tercabut selepas terjatuh dari aktiviti berasaskan ketinggian.

Hakim sebelum ini didakwa menyebabkan kematian dengan perbuatan terburu-buru bukan pembunuhan, tetapi pertuduhannya telah dipinda. Tidak dinyatakan di mahkamah sebabnya.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Jun Chong berkata pada 3 Februari 2021, Jethro dan rakan sekolahnya berada di Pusat Sukan Kembara Safra di Yishun untuk mengambil bahagian dalam kegiatan luar anjuran sekolah untuk membina semangat berpasukan.

Hakim – sukarelawan tanpa gaji untuk syarikat latihan kembara luar Camelot – mengadakan taklimat keselamatan untuk Jethro dan rakannya.

Taklimat itu termasuk arahan cara memakai topi keledar dan abah-abah, dan cara para peserta harus bertindak balas jika mereka terjatuh dari aktiviti berasaskan ketinggian.

Hakim juga berperanan sebagai penghantar pada hari itu buat pertama kalinya.

Sebagai penghantar, beliau dikehendaki menjalankan pemeriksaan akhir ke atas pelajar bagi memastikan topi keledar dan abah-abah dipasang dengan betul sebelum mereka mengambil bahagian dalam kegiatan tersebut.

Walaupun dia sepatutnya memeriksa abah-abah secara fizikal untuk memastikan gelung diikat dengan selamat dan diketatkan, dia tidak melakukannya untuk Jethro dan tiga pelajar lain sebelum mangsa.

Sebaliknya, dia hanya memerhatikan abah-abah itu dengan mata kasar dan menggangap ia kelihatan selamat.

Jethro melalui laluan halangan yang pertama dan menamatkannya tanpa sebarang masalah.

Pada 1.30 petang, dia tergelincir dari laluan halangan kedua, yang memerlukan peserta berpegang pada tali sambil berjalan di atas kabel logam.

Mangsa tergantung melalui abah-abah dan meronta-ronta. Lapan minit selepas mangsa terjatuh, dia tidak sedarkan diri.

Dia dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dan meninggal dunia pada keesokan harinya akibat kegagalan pelbagai organ berikutan pemampatan pada leher dan asfiksia traumatik.

Syarikat terbabit, Camelot, dan salah seorang pekerjanya, Liew Foo Loong, telah didakwa berhubung nahas itu. Kes mereka masih dibicarakan di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >