Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai irama, warna semarak keharmonian kaum

Jul 20, 2025 | 6:23 PM
Encik Mohamed Faizal Mohamed Salim (kiri) bersama Encik Chin Yen Chien mempersembahkan tiga lagu dengan alat muzik tradisional Cina Guzheng dan Pipa semasa Perhimpunan Pertengahan Tahun Kelab Berbilang Negara Darul Arqam Singapura pada 20 Julai.
Encik Mohamed Faizal Mohamed Salim (kiri) bersama Encik Chin Yen Chien mempersembahkan tiga lagu dengan alat muzik tradisional Cina Guzheng dan Pipa semasa Perhimpunan Pertengahan Tahun Kelab Berbilang Negara Darul Arqam Singapura pada 20 Julai. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Pelbagai warna, irama dan hidangan memenuhi ruang The Cove di City Plaza pada 20 Julai, apabila Darul Arqam Singapura menganjurkan Perhimpunan Pertengah Tahun Kelab Berbilang Negara.

Sempena sambutan Hari Keharmonian Kaum, lebih 200 tamu daripada 13 kumpulan etnik berbeza berhimpun untuk meraikan kepelbagaian identiti, agama dan warisan budaya mereka.

Daripada alunan halus alat muzik Guzheng dan Pipa dari China hingga rentak bertenaga tarian Ratoh Jaroe dari Indonesia, acara ini menampilkan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat mualaf di Singapura.

Turut menyerikan majlis tersebut ialah Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Syed Harun Alhabsyi, yang hadir selaku tetamu terhormat.

Kelab Berbilang Negara merupakan sebuah inisiatif Darul Arqam yang bertujuan mengeratkan hubungan antara mualaf daripada pelbagai bangsa dan latar budaya.

Ia dianggotai mualaf dari pelbagai negara termasuk China, Myanmar, Indonesia, Filipina, Vietnam, Jepun, India dan juga Eropah.

Melalui kelab itu, mereka mendapat ruang sokongan, perkongsian budaya dan rangkaian persahabatan yang boleh membuat mereka berasa disambut dan difahami dalam perjalanan mendakap identiti baru mereka.

Mengulas tentang majlis tersebut, Presiden Darul Arqam, Encik Muhammad Imran Kuna, berkata acara yang dianjurkan ini dapat terus mengukuhkan komitmen Darul Arqam dalam memperjuang keharmonian antara budaya dan kepercayaan.

“Majlis ini adalah lebih daripada sekadar perayaan dan merupakan pengesahan kepada keharmonian di Singapura dan kekuatan masyarakat kita.

“Sebagai satu badan berasaskan mualaf, ahli kami membawa bersama mereka budaya yang kaya dari seluruh dunia, menjadikan acara seperti ini sebagai mozek indah identiti Islam global,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg