Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai jenis kurma Medjoul buat santapan Ramadan ini

Mar 1, 2024 | 5:30 AM
Medjoul Popsicles adalah kurma Medjoul yang dibuang biji dan diisi dengan kacang dan disalut coklat.
Medjoul Popsicles adalah kurma Medjoul yang dibuang biji dan diisi dengan kacang dan disalut coklat. - Foto AL BARAKAH

Pasar Kurma Al Barakah menawarkan diskaun hebat sebanyak 20 peratus bagi pembelian satu karton kurma Medjoul pelbagai jenis sebagai menyambut bulan Ramadan.

Kurma Medjoul memiliki mutu premium dengan saiz besar, isi lembut dan rasa lazat. Ini menjadikannya antara pilihan yang popular untuk dinikmati.

Menurut jurucakap Al Barakah, pada 2024, pelanggannya mempunyai banyak pilihan kerana ia menyediakan pelbagai jenis kurma Medjoul terutamanya kurma Medjoul dari tanah Palestin, Jordan, Afrika Selatan dan dari Madinah, Arab Saudi.

JENIS-JENIS MEDJOUL DI AL BARAKAH

* Medjoul Falastine

– Hasil dari ladang yang terletak di Jericho, di tebing barat Palestin,

– Saiz sederhana, besar, dan jumbo.

* Medjoul Madeenah

– Hasil dari ladang-ladang di tanah Madinah secara umum

– Saiz lebih kecil tapi warnanya secara umum lebih cerah

Antara jenis kurma terbaru di tanah Madinah:

1. Medjoul Kalahari

(i) Berasal dari Afrika Selatan

(ii) Diminati ramai kerana rasanya yang unik dan segar

2. Medjoul Jordan

(i) Ditanam di tanah di sungai seberang dari negara Palestin (Sungai Jordan)

(ii) Warnanya lebih gelap daripada Medjoul Falastine

PRODUK YANG TERHASIL
DARIPADA MEDJOUL

Sebagai variasi, Al Barakah turut menawarkan produk yang terhasil daripada Medjoul iaitu Medjoul Popsicle yang merupakan kurma Medjoul bersalut coklat.

Kurma ini telah dibuang biji dan diisi dengan kacang. Medjoul Popsicle ini sesuai untuk semua terutama mereka yang baru cuba makan kurma.

Al Barakah turut menyediakan pelbagai jenis kurma lain dan buah-buahan kering seperti Ajwa, Safawi, buah tin dan kismis. Setiap pembelian satu karton turut akan dapat potongan harga sebanyak 20 peratus.

Anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai Al Barakah atau untuk maklumat lanjut sila layari https://shop.barakah.sg/

Laporan berkaitan
Kurma sudah tiba...Mar 13, 2021 | 9:00 AM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg