Peranan berbeza yang digalas Kapten (CPT) Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NS), Muhammad Ashraf Abu Bakar, bukan sahaja mencabar keupayaan dirinya, malah ia membuatkan kehidupannya lebih berwarna-warni.

Selain menggalas tanggungjawab sebagai Adikong Kehormat (HADC), beliau juga merupakan Pegawai Memerintah (OC) di Rejimen Infantri Singapura ke-776 (776 SIR) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pengurus kemudahan di syarikat swasta, Cushman & Wakefield.