Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemandu, penumpang kereta boleh guna kod QR untuk lepas imigresen mulai 19 Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemandu, penumpang kereta boleh guna kod QR untuk lepas imigresen mulai 19 Mac

Masa tunggu di Woodlands, Tuas berkurang lebih 30% jika kemudahan diguna kebanyakan pemandu: ICA
Mar 12, 2024 | 03:55 PM



Pemandu dan penumpang kereta di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas boleh melepasi imigresen Singapura menggunakan kod QR, selain pasport mereka, mulai 19 Mac.

Kumpulan hingga 10 orang dalam kenderaan yang sama boleh menggunakan satu kod QR, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 12 Mac.

Namun, mereka perlu memuat turun aplikasi mudah alih MyICA terlebih dahulu dan mengisi butiran pasport mereka.

Penduduk Singapura boleh mengisi butiran mereka secara automatik menggunakan Singpass atau menggunakan kamera di telefon bimbit mereka untuk mengimbas bahagian yang boleh ditangkap mesin – dua atau tiga baris aksara – di bahagian bawah halaman biodata pasport mereka.

Mereka boleh memilih untuk menjana kod QR bagi individu atau kumpulan.

Untuk menjana kod individu, hanya butir diri seorang daripada mereka diperlukan, tetapi untuk menjana kod QR kumpulan, butiran setiap orang dalam kumpulan itu mesti diserahkan melalui satu telefon pintar sahaja.

Sehingga 10 butiran pasport boleh disertakan dalam kod untuk sekumpulan, yang kemudiannya boleh disimpan dan diberi label seperti ‘Keluarga’ atau ‘Rakan’ dalam aplikasi mudah alih MyICA.

Di pusat pemeriksaan, mereka dikehendaki mengimbas kod QR itu di kaunter, dan pegawai ICA akan menjalankan pemeriksaan secara bersemuka bagi mengesahkan maklumat yang diterima oleh ICA.

Mereka yang menggunakan kod kumpulan mesti menaiki kenderaan yang sama.

Kod QR yang tidak sepadan dengan butiran dan bilangan pelancong di dalam kenderaan tidak akan diterima.

Menurut ICA, kod QR yang dijana dirahsiakan dan butiran itu hanya boleh diambil oleh pihak berkuasa.

ICA menambah bahawa pelawat kali pertama dan mereka yang memasuki Singapura semula menggunakan pasport berbeza daripada semasa lawatan terakhir mereka ke negara ini perlu mengemukakan pasport mereka bagi pelepasan imigresen.

Namun, mereka boleh menggunakan kod QR yang sama bagi pelepasan imigresen pada perjalanan berikutnya.

Timbalan Superintenden Seah Jing Ying daripada bahagian operasi ICA berkata:

“Masa menunggu secara keseluruhan boleh dikurangkan lebih 30 peratus jika kebanyakan pemandu kereta menggunakan kod QR bagi pelepasan imigresen.”

ICA menganggarkan penjimatan masa sekitar 20 saat bagi setiap kereta berisi empat orang, termasuk pemandu, dan sekitar satu minit untuk kereta berisi 10 orang.

Inisiatif kod QR ini adalah langkah pertama ke arah Sistem Pelepasan Penumpang Automatik (APCS), yang sebelum ini dipanggil Sistem Pelepasan Penumpang Dalam Kereta Automatik.

Laluan APCS dijangka diperkenal di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 2026 dan di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dibangun semula pada 2028.

Ia akan meningkatkan lagi proses pelepasan dengan menggantikan pemeriksaan bersemuka dengan pengesahan biometrik.

Inisiatif itu sebahagian daripada konsep pelepasan baru ICA yang diumumkan pada 2019 dengan tujuan menyediakan pelepasan imigresen lebih pantas dan selamat.

ICA berkata walaupun selepas inisiatif kod QR dilancarkan, orang yang melakukan perjalanan masih boleh memilih untuk mengemukakan pasport fizikal mereka.

Penguasa itu menambah bahawa ia merancang memperluaskan pelepasan kod QR secara berperingkat ke zon pelepasan kenderaan lain di pusat pemeriksaan darat, agar ia boleh digunakan oleh pemandu dan penumpang jenis kenderaan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >