Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu teksi ComfortDelGro bayar komisen lebih tinggi mulai Jan

Dec 27, 2023 | 8:33 PM
DIKENAKAN KOMISEN LEBIH TINGGI: Mulai 1 Januari 2024, semua pemandu teksi ComfortDelGro perlu membayar 7 peratus daripada tambang yang diterima daripada perjalanan tempahan melalui aplikasi dan telefon sebagai komisen kepada syarikat itu.
DIKENAKAN KOMISEN LEBIH TINGGI: Mulai 1 Januari 2024, semua pemandu teksi ComfortDelGro perlu membayar 7 peratus daripada tambang yang diterima daripada perjalanan tempahan melalui aplikasi dan telefon sebagai komisen kepada syarikat itu. - Foto fail ST

Hanya beberapa minggu setelah ComfortDelGro menaikkan tambang “untuk membantu pemandu teksi membiayai kos operasi yang lebih tinggi”, pengendali teksi terbesar Singapura itu mengumumkan ia akan mengambil komisen lebih tinggi daripada pemandunya.

Mulai 1 Januari 2024, semua pemandu teksi ComfortDelGro perlu membayar 7 peratus daripada tambang yang diterima daripada perjalanan tempahan melalui aplikasi dan telefon – naik daripada 5 peratus sekarang.

“Kami akan menaikkan komisen berikutan kos operasi yang lebih tinggi, terutamanya dalam bidang penyelenggaraan teknologi, menaik taraf sistem dan caj kewangan yang lebih tinggi untuk transaksi tanpa tunai,” kata jurucakap syarikat itu, menurut satu laporan akhbar Lianhe Zaobao.

“Bagaimanapun, untuk mengurangkan kesan kewangan ke atas pemandu, dari 1 Januari hingga 31 Mac 2024, kami akan mengetepikan yuran komisen untuk semua tempahan yang dilakukan dengan tambang $9 dan ke bawah, tidak termasuk yuran platform dan yuran pentadbiran tanpa tunai.”

Pada 13 Disember, ComfortDelGro menaikkan tambang teksi, dengan tambang permulaan bagi teksi Hyundai i40 meningkat daripada $3.90 kepada $4.40, dan bagi teksi Toyota Prius atau Hyundai Ioniq Hybrid, tambangnya meningkat daripada $4.10 kepada $4.60.

Caj bagi jarak perjalanan dan masa menunggu naik satu sen kepada 26 sen bagi setiap 400 meter di bawah 10 kilometer, dan setiap 350 meter selepas 10 kilometer.

Syarikat itu berkata tambang bagi perjalanan 10 kilometer pada waktu tidak sibuk akan meningkat sebanyak 6.8 peratus, atau 94 sen, daripada $13.80 kepada $14.74.

ComfortDelGro menambah bahawa ia telah memperkenalkan skim kesetiaan yang disemak semula pada April.

Skim baru itu dikatakan menawarkan faedah lebih baik, seperti lebih banyak hari tanpa sewa dan pengurangan kadar sewa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg