Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemangku Raja Perlis temui mantan Presiden Halimah di SUSS 

Sep 17, 2024 | 4:07 PM
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertemu mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, semasa lawatan beliau ke Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 17 September.
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertemu mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, semasa lawatan beliau ke Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 17 September. - Foto SUSS

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertemu mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, semasa lawatan beliau ke Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 17 September.

Tuanku Syed Faizuddin ialah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), manakala Puan Halimah pula Canselor SUSS.

Semasa pertemuan itu, Tuanku Syed Faizuddin dan delegasinya berbincang dengan SUSS tentang beberapa bidang potensi kerjasama antara kedua-dua universiti itu.

Ini termasuk dalam program pertukaran pelajar dan biasiswa, pembelajaran perkhidmatan dan penyelidikan gunaan.

Menulis di Facebook, Puan Halimah berkata: “Menjadi hos kepada lawatan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis serta delegasinya.

“Kami mengadakan perbincangan luas yang baik dan meneroka kemungkinan bekerjasama.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg