Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembantu rumah panjat keluar tingkap dapur sidai jemuran

Dec 2, 2024 | 5:15 PM
Seorang pembantu rumah dilihat panjat keluar tingkap di dapur menyidai jemuran, tanpa peralatan keselamatan di tingkat 18. Lokasi flat tidak didedahkan.
Seorang pembantu rumah dilihat panjat keluar tingkap di dapur menyidai jemuran, tanpa peralatan keselamatan di tingkat 18. Lokasi flat tidak didedahkan. - Foto FACEBOOK GAM P’LIPISIRIPATCHARA

Gerun.

Itulah perasaan pengguna Facebook, Cik Gam P’Lipisiripatchara (Zheng), apabila melihat seorang pembantu rumah memanjat keluar dari tingkap dapur untuk menyidai jemuran.

Ini merupakan tingkap di ruang balkoni servis yang biasanya dikhususkan menjemur pakaian, dan juga ruang meletakkan unit kondenser penghawa dingin.

Cik Zheng memuat naik dua gambar yang menunjukkan pembantu rumah itu panjat keluar tingkap, dan kelihatan sedang membetulkan jemuran.

Beliau tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan dan dimaklumkan bahawa unit itu di tingkat 18.

Melahirkan kebimbangannya di halaman ‘Complaint Singapore’ di Facebook, Cik Zheng berkata: “Adakah ini tugas biasa untuk pembantu rumah? Kalau majikan benarkan pembantu itu memanjat keluar membuat tugas seperti ini, bolehkah?

“Saya pernah membaca berita mengenai pembantu rumah yang mati akibat jatuh daripada tingkat tinggi kerana harus memanjat serupa itu demi melakukan tugasnya.

“Pembantu ini tinggal di unit rumah tingkat 18. Saya bimbang beliau tergelincir dan jatuh,” kata Cik Zheng dalam catatan tersebut pada 2 Disember, tanpa mendedahkan lokasinya.

Catatan itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-rata khuatir akan keselamatan pembantu tersebut kerana kelakuannya itu membahayakan diri.

Salah seorang pengguna, Rosse Lynn Adio, berkata di ruang komen: “Ini tidak normal dan tidak boleh diterima kerana ia sangat berbahaya. Satu langkah salah dan nyawanya tergadai...”.

Beberapa pengguna lain juga menggalakkan Cik Zheng melaporkan terus ke Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan bukan di laman itu.

Seorang lagi, Syazzie Trademarks, menawarkan perspektif berbeza dan berkata: “Kadang-kadang tanpa pengetahuan majikan, pembantu membuat keputusan sendiri. Oleh itu majikan perlu berhati-hati dalam memantau pekerja semasa menjalankan tugas mereka agar selamat dan tidak membahayakan diri.”

Menurut panduan MOM kepada majikan dan kontrak keselamatan antara majikan dan pekerja, pembantu rumah harus diawasi apabila membersihkan luaran tingkap.

Pembantu rumah anda tidak boleh memanjat ke atas pelantar atau bersandar keluar dari tingkap untuk membersihkan bahagian luar cermin tingkap atau mengambil barang di atas pelantar.

Pembantu rumah juga tidak dibenarkan berdiri di atas kerusi, bangku, atau pelantar tinggi semasa membersihkan tingkap atau menjemur pakaian, bagi mengelakkan hilang imbangan dan jatuh.

Selain itu, semasa menjemur pakaian, pembantu rumah tidak boleh memuatkan terlalu banyak pakaian pada satu galah jemuran, bagi mengelakkan risiko kehilangan imbangan dan jatuh dari tingkap.

Majikan boleh dikenakan denda hingga $10,000 atau dipenjara hingga 12 bulan jika gagal memastikan keselamatan tugas pembantu rumah mereka.

Mereka juga boleh dihalang mendapatkan khidmat pembantu rumah pada masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg