Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemberhentian kerja 2023 naik seganda walau pengangguran turun sedikit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemberhentian kerja 2023 naik seganda walau pengangguran turun sedikit

MOM, MTI: Jangkaan perniagaan dan pertumbuhan ekonomi dijangka lebih baik pada 2024
Jan 31, 2024 | 04:41 PM



Pemberhentian kerja di Singapura bertambah seganda pada 2023 daripada tahun sebelumnya kepada 14,320, walaupun kadar pengangguran berkurangan sedikit.

Jumlah pertumbuhan guna tenaga bagi tahun penuh 2023 perlahan sedikit di tengah-tengah keadaan ekonomi lebih lemah, berikutan pemulihan mendadak pascapandemik pada 2022.

Menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 31 Januari, kadar pertumbuhan guna tenaga lebih sederhana dilihat bagi kedua-duanya, penduduk dan bukan penduduk Singapura.

Dari segi suku tahunan, sementara peningkatan guna tenaga kerja, tidak termasuk pembantu rumah migran, menyederhana dengan ketara, ia terus meningkat bagi suku kesembilan berturut-turut, naik sebanyak 8,400 pada suku terakhir 2023.

MOM berkata: “Penyederhanaan ini bukan di luar jangkaan kerana jangkaan pengambilan pekerja yang lebih lemah dan kekosongan kerja yang berkurangan daripada suku sebelumnya menunjukkan permintaan buruh semakin berkurangan.”

Penyusunan semula, atau penstrukturan semula, perniagaan kekal sebagai sebab utama pemberhentian pekerja pada 2023, sebahagiannya disebabkan kesan tekanan ekonomi global terhadap sektor berorientasikan luar, seperti perdagangan borong, perkhidmatan teknologi maklumat dan pembuatan elektronik.

Bagaimanapun, dari segi suku tahunan, bilangan pemberhentian pada suku keempat 2023 berkurangan kepada 3,200 daripada 4,110 pada suku ketiga, yang ketika itu melihat lonjakan dalam pemberhentian perdagangan borong.

MOM menambah: “Walaupun pemberhentian pekerja meningkat dalam pembuatan elektronik, bilangan pemberhentian dalam sektor lain secara amnya kekal stabil atau berkurangan.”

Bagi tahun penuh 2023, kadar pengangguran keseluruhan menurun sedikit kepada 1.9 peratus, daripada 2.1 peratus pada 2022.

Kadar bagi warga Singapura ialah 2.9 peratus pada 2023, berkurangan daripada 3 peratus, manakala kadar bagi gabungan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) ialah 2.7 peratus, berkurangan daripada 2.9 peratus.

Dari segi bulanan yang diselaraskan, kadar pengangguran pada Disember 2023 sama seperti pada November. Kadar keseluruhan ialah 2 peratus.

Kementerian itu menambah bahawa berdasarkan tinjauannya, ia menganggarkan jangkaan perniagaan bertambah baik pada 2024, dengan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) turut menunjukkan jangkaan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.

MOM berkata peratusan syarikat yang menunjukkan hasrat mengambil pekerja dalam tempoh tiga bulan akan datang meningkat daripada 42.8 peratus pada suku ketiga 2023 kepada 47.7 peratus dalam tempoh Oktober hingga Disember lalu.

Begitu juga, peratusan syarikat yang berhasrat menaikkan gaji meningkat daripada 18 peratus kepada 32.6 peratus dalam tempoh sama.

Walaupun prospek pekerjaan mungkin kelihatan positif, MOM memberi amaran bahawa memandangkan risiko penurunan dalam ekonomi global kekal, penyusunan semula perniagaan akan diteruskan dan mungkin membawa kepada pemberhentian selanjutnya.

“Pemerintah amat menggalak majikan dan pekerja menggunakan sepenuhnya program yang ada untuk kekal berdaya saing dan berdaya tahan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi.

“Majikan harus meneruskan transformasi perniagaan dan melengkapkan pekerja mereka untuk peranan pekerjaan yang diperluaskan atau direka semula.

“Pekerja digalak terus meningkatkan kemahiran dan terbuka kepada peluang baru,” tambah MOM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >