Premium
Hentikan pekerja hanya sebagai pilihan terakhir: Snef
Jan 12, 2024 | 5:30 AM
PERLU BERTANGGUNGJAWAB: Majikan harus memberhentikan pekerja mereka secara bertanggungjawab dan hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha mengurangkan saiz syarikat tidak dapat dielakkan, kata Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dalam satu kenyataan pada 11 Januari. - Foto fail
Majikan harus memberhentikan pekerja mereka secara bertanggungjawab dan hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha mengurangkan saiz syarikat sebagai sebahagian daripada daya transformasi perniagaan tidak dapat dielakkan.
Untuk berbuat demikian, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) berkata majikan perlu merujuk kepada Nasihat Perikatan Tiga Pihak mengenai Pengurusan Lebihan Tenaga Kerja dan Pemberhentian Bertanggungjawab (Tamem) yang dikeluarkan bersama oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Snef pada Januari 2023.
Laporan berkaitan
Hak pekerja yang diberhentikan Jan 9, 2024 | 3:52 PM
Kesatuan runding faedah lebih baik bagi pekerja Lazada yang diberhentikan Jan 6, 2024 | 7:30 PM

