Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kesatuan runding faedah lebih baik bagi pekerja Lazada yang diberhentikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesatuan runding faedah lebih baik bagi pekerja Lazada yang diberhentikan

Pampasan gaji dua minggu bagi setiap tahun perkhidmatan tidak memuaskan: FDAWU
Jan 06, 2024 | 07:30 PM



Kesatuan Gabungan Pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU) sedang berunding dengan Lazada untuk mendapatkan faedah lebih baik bagi pekerja syarikat e-dagang itu yang diberhentikan baru-baru ini.

Perbincangan itu dipermudahkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

​Ini setelah pekerja yang diberhentikan diberitahu mereka akan menerima gaji dua minggu bagi setiap tahun perkhidmatan, umum FDAWU dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam satu kenyataan bersama pada 6 Januari. 

FDAWU adalah kerabat NTUC.

“FDAWU mendapati ini sesuatu yang tidak memuaskan dan sedang berunding untuk faedah tambahan bagi pekerja terjejas yang layak,” kata kenyataan bersama itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, MOM berkata ia telah mengadakan perbincangan antara kesatuan itu dengan Lazada pada 5 Januari, dan menambah bahawa ada kemajuan baik.

Pada 3 Januari, Lazada memberhentikan pekerjanya di Singapura, yang bilangannya tidak didedahkan, tanpa memaklumkan kepada FDAWU, walaupun para pekerja itu anggota kesatuan tersebut.

Pemberhentian pekerja itu merangkumi pelbagai jabatan di seluruh syarikat itu serta pejabat serantaunya dari negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Vietnam.

Pengurangan pekerjaan terbaru itu berlaku di tengah-tengah spekulasi mengenai potensi Tawaran Awam Awal (IPO) bagi syarikat induk Lazada, Alibaba International Digital Commerce, di Amerika Syarikat pada 2024, yang pertama kali dilaporkan pada Mei 2023.

FDAWU dan NTUC berkata Lazada telah memohon maaf kerana tidak memaklumkan mereka mengenai pemberhentian pekerja tersebut, dengan kedua-dua pertubuhan itu telah mengatakan kekecewaan mereka sebelum ini.

Jurucakap MOM berkata: “Lazada bekerjasama rapat dengan MOM dan FDAWU untuk memastikan penstrukturan semula itu diadakan secara adil dan bertanggungjawab, termasuk menawarkan pekerja terjejas sokongan yang mencukupi dan faedah pemberhentian kerja sesuai selaras dengan piawaian industri.”

Seorang jurucakap Lazada berkata syarikat itu “bekerjasama secara proaktif” dan berunding dengan pemerintah Singapura, NTUC, FDAWU dan agensi lain yang relevan, dan akan terus berbuat demikian.

​Jurucakap itu menambah: “Kami menghormati undang-undang buruh tempatan dan kesejahteraan pekerja kami.”

FDAWU berkata pekerja terjejas boleh menghubungi mereka menerusi talian 6737-6088 atau melalui e-mel di fdawu@ntuc.org.sg jika mereka memerlukan bantuan lanjut, atau untuk menghubungkan mereka ke Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC bagi peluang pekerjaan.

MOM mengingatkan semua majikan supaya “bertindak secara bertanggungjawab apabila mempertimbangkan langkah penjimatan kos”, dan mematuhi Nasihat Perikatan Tiga Pihak mengenai Pengurusan Lebihan Tenaga Manusia dan Pemberhentian Bertanggungjawab apabila berbuat demikian.

​Syarikat berkesatuan, seperti Lazada, harus berbincang dengan kesatuan mereka tentang cara menjaga kepentingan pekerja terjejas, tambah MOM.

Majikan boleh merujuk kepada kementerian itu mengenai program penstrukturan semula mereka, dengan butiran lanjut boleh didapati di http://go.gov.sg/employment-practices-support-tamem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >