Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemerintah faham sentimen Melayu/Islam tentang konflik Israel-Palestin: Maliki

Beri jaminan pemerintah akan terus beri bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza; tekankan kepentingan dialog bagi luah perasaan dan kongsi pandangan
Nov 30, 2023 | 5:31 PM
BINCANG BERSAMA: Sekitar 100 orang menghadiri perbincangan panel mengenai konflik Israel-Palestin.anjuran Berita Harian dan Reach pada Rabu malam. Panelis terdiri daripada Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Francois Bretault dan Encik Ahmad Firdaus Daud (barisan depan masing-masing lapan, tujuh dan enam dari kiri). Turut hadir ialah Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (barisan depan, lima dari kiri) dan Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin (empat dari kiri, baris depan), yang juga moderator perbincangan itu.
BINCANG BERSAMA: Sekitar 100 orang menghadiri perbincangan panel mengenai konflik Israel-Palestin.anjuran Berita Harian dan Reach pada Rabu malam. Panelis terdiri daripada Dr Mohamad Maliki Osman, Encik Francois Bretault dan Encik Ahmad Firdaus Daud (barisan depan masing-masing lapan, tujuh dan enam dari kiri). Turut hadir ialah Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (barisan depan, lima dari kiri) dan Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin (empat dari kiri, baris depan), yang juga moderator perbincangan itu. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pemerintah mengerti sentimen masyarakat Melayu/Islam di Singapura mengenai konflik Israel-Palestin dan akan terus membantu mangsa di Gaza, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Beliau berkata demikian dalam satu perbincangan panel anjuran unit maklum balas pemerintah, Reach, dan Berita Harian (BH) di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar pada Rabu malam. Perbincangan itu dihadiri sekitar 100 orang.

Watch on YouTube

Dr Maliki, salah seorang panelis perbincangan itu, juga berkata beliau berbesar hati melihat bukan sahaja masyarakat Islam berkongsi pandangan dan pendapat mengenai konflik tersebut, malah individu bukan Islam.

Mengulas kepentingan perbincangan seperti itu, beliau berkata: “Adalah bagus melihat rakyat Singapura daripada pelbagai lapisan masyarakat datang ke sesi seperti ini.

“Ia menunjukkan bahawa mereka mengambil berat mengenai apa yang berlaku di bahagian lain dunia dan mereka ingin melakukan lebih banyak lagi.

“Kami memahami perasaan mereka, kami memberi ruang untuk mereka meluahkan perasaan, dan kami juga akur bahawa ini adalah satu sentimen yang masih dirasai oleh masyarakat kita.”

Dr Maliki menambah bahawa perbincangan itu membolehkan pemerintah berkongsi perspektif dan pendiriannya mengenai konflik itu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pemerintah akan terus menghulur bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, dan berharap bantuan itu akan terus membantu meringankan penderitaan semasa.

“Kami mengharapkan gencatan senjata yang sudah berlaku selama enam hari akan berterusan dan semoga mereka (rakyat Gaza) dapat bangkit dan membina semula kehidupan mereka selepas krisis ini,” kata Dr Maliki.

Dua lagi panelis di perbincangan itu ialah Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault; dan peguam yang juga relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud. Moderator perbincangan itu ​​ialah Editor Berita BH, Encik Nazri Hadi Saparin.

Watch on YouTube

Encik Bretault juga menekankan peri penting menganjur perbincangan seperti itu bagi memberi rakyat Singapura satu wadah selamat untuk berkongsi pandangan mereka.

“Idea perbincangan antara agama adalah untuk mewujudkan ikatan kuat dalam kalangan orang berbeza. Jadi, lebih banyak kali kita bertemu, lebih banyak kali kita berbincang, lebih banyak kali kita mempunyai pertukaran peribadi, lebih baik,” ujarnya.

Encik Bretault berkata sebagai seorang bukan Islam beliau terharu dijemput ke perbincangan itu dan berasa Singapura bertuah mempunyai masyarakat majmuk tetapi harmoni.

“Kita tidak boleh mengambil mudah keharmonian itu. Masih ada kerja yang perlu dilakukan tetapi perbincangan seperti ini membantu mempromosikan kehidupan lebih baik antara satu sama lain,” ujarnya.

Watch on YouTube

Sementara itu, Encik Ahmad Firdaus berkata rasa simpati terhadap rakyat Gaza juga wujud dalam kalangan masyarakat bukan Islam di Singapura kerana krisis itu bukanlah isu agama tetapi isu kemanusiaan.

Beliau berkata walaupun rakyat Singapura kecewa mengenai situasi di Palestin, mereka mengawal perasaan mereka.

“Ini bukan kerana takut tetapi kerana kita memberi kepentingan kepada keamanan, adab dan perpaduan sosial, dan kita menghormati adanya proses diplomatik dan peraturan antarabangsa,” ujar Encik Ahmad Firdaus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg