Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbincangan anjuran Reach, BH kupas konflik Israel-Palestin

Nov 29, 2023 | 7:55 PM
KONGSI PANDANGAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kiri), Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault (dua dari kanan), peguam yang juga relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud (kanan), membincangkan isu konflik Israel-Palestin yang dikendalikan moderator Editor Berita Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin (kiri) semasa satu perbincangan panel pada Rabu di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar.
KONGSI PANDANGAN: Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (dua dari kiri), Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault (dua dari kanan), peguam yang juga relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud (kanan), membincangkan isu konflik Israel-Palestin yang dikendalikan moderator Editor Berita Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin (kiri) semasa satu perbincangan panel pada Rabu di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Sekitar 100 orang, termasuk karyawan dan pelajar pengajian tinggi, menghadiri perbincangan panel mengenai konflik Israel-Palestin.anjuran Berita Harian dan unit maklum balas pemerintah, Reach, pada Rabu malam.

Perbincangan dalam bahasa Inggeris itu turut merangkumi respons Singapura terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Jaluran Gaza.

Ia diadakan dari 7.30 malam hingga 9 malam di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) di Paya Lebar.

Ahli panelnya ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; peguam yang juga relawan Roses of Peace, Encik Ahmad Firdaus Daud; dan Pengerusi Pusat Pemahaman Antara Agama (Cifu), Encik Francois Bretault. Moderator perbincangan itu ​​Editor Berita, Berita Harian, Encik Nazri Hadi Saparin.

Semasa perbincangan, hadirin berpeluang mengajukan soalan kepada ahli panel dan memberi pandangan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg