100,000 pekerja akan jalani latihan di bawah program AI nasional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

100,000 pekerja akan jalani latihan di bawah program AI nasional

Usaha bertujuan perkasa kefasihan penggunaan, penerapan AI dalam bidang kerja
Mar 2, 2026 | 6:41 PM

100,000 pekerja akan jalani latihan di bawah program AI nasional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Program Impak AI Kebangsaan, NAIIP, Dwibahasa AI, Josephine Teo, MDDI, literasi AI Singapura, integrasi AI perniagaan
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo, mengumumkan Program Impak AI Nasional (NAIIP) yang baru bagi bantu sekitar 100,000 pekerja jalani latihan kecekapan dalam kecerdasan buatan, antara lain. - Foto MDDI

Sekitar 100,000 pekerja bakal menjalani latihan kecekapan dalam kecerdasan buatan (AI) di bawah inisiatif Dwikecekapan AI sempena pelancaran Program Impak AI Nasional (NAIIP) yang baru, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.

Ini akan dilaksanakan melalui memperkasakan kefasihan penggunaan AI dan penerapannya kepada bidang kerja, katanya.

Beliau menambah bahawa program ini juga dijangka menyokong lebih kurang 10,000 perusahaan untuk membantu perniagaan menyepadukan proses bisnes dengan AI selama tiga tahun seterusnya.

Menjawab soalan yang diajukan Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Changi) dalam perbahasan Jawatan Perbekalan (COS) Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) di Parlimen pada 2 Mac, Cik Teo berkata:

“Secara umumnya, kita mahu memanfaatkan sepenuhnya keupayaan AI supaya teknologi ini dapat didemokrasikan, iaitu manfaatnya dapat dinikmati secara meluas apabila penyelesaian yang dahulunya mahal atau rumit kini lebih mudah diakses.”

“Tetapi jika AI mengikuti laluan yang sama seperti gelombang teknologi sebelumnya, hanya kumpulan kecil syarikat yang akan mendahului dan jauh meninggalkan yang lain.

“Bagi perniagaan lebih kecil yang lumrah menghadapi kekurangan sumber, kumpulan ini akan mengambil masa yang lebih lama.

“Namun secara kolektif, perniagaan sebeginilah yang menggajikan sebahagian besar tenaga kerja kita.”

Atas dasar ini, beliau berkata pemerintah akan menubuhkan NAIIP agar pelaksanaan AI bukan sekadar idea semata-mata, tetapi boleh menjadi realiti bagi perusahaan sedemikian.

Encik Sharael antara lain bertanya sama ada terdapat langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kos eksperimentasi, khususnya bagi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (SME).

Sehubungan itu, kenyataan bersama MDDI dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada 2 Mac menyatakan NAIIP akan disokong dengan inisiatif oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk meningkatkan celik AI bagi tenaga kerja Singapura.

MDDI dan IMDA turut memperincikan bahawa program ini adalah sejajar dengan Strategi Nasional AI 2.0 yang dilancarkan pada 2023.

Menurut kenyataan itu, NAIIP “mengukuhkan komitmen negara untuk menfaatkan AI demi kebaikan awam”.

Sebagai salah satu inisiatif di bawah NAIIP, IMDA dan MDDI mengumumkan Program Pemacu Pemimpin Digital (DLAB) baru, bertujuan memperkukuh keyakinan pemimpin perniagaan dalam pelaksanaan AI.

Program tersebut, menurut kenyataan bersama itu, menyediakan pengetahuan perniagaan dan teknikal melalui pembangunan projek AI secara langsung, melalui kerjasama dengan industri, dengan maklumat lanjut bakal diumumkan IMDA kelak.

Selain itu, IMDA turut memperkenalkan program kefasihan AI untuk mendalami keupayaan teknologi dalam kalangan tenaga kerja teknologi, termasuk jurutera perisian.

Ini bertujuan membolehkan mereka beralih kepada tugasan bernilai lebih tinggi, jelas IMDA dan MDDI.

Lebih banyak perincian akan dikongsi pada separuh pertama 2026.

“Secara umumnya, kita mahu memanfaatkan sepenuhnya keupayaan AI supaya teknologi ini dapat didemokrasikan, iaitu manfaatnya dapat dinikmati secara meluas apabila penyelesaian yang dahulunya mahal atau rumit kini lebih mudah diakses. Tetapi jika AI mengikuti laluan yang sama seperti gelombang teknologi sebelumnya, hanya kumpulan kecil syarikat yang akan mendahului dan jauh meninggalkan yang lain.”
Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg