Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemerintah perluas sokongan bagi penggiat seni kerja sendiri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah perluas sokongan bagi penggiat seni kerja sendiri

Mar 07, 2024 | 05:55 PM



Bagi memenuhi aspirasi yang pelbagai dan mengukuhkan tenaga kerja sektor kesenian di Singapura, Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan mewujudkan dan menyokong pelbagai laluan latihan untuk penggiat seni yang bekerja sendiri atau SEP, untuk memacu kecemerlangan dan pertumbuhan artistik sektor tersebut.

Laluan latihan itu termasuk dalam bentuk pembelajaran berasaskan tempat kerja, pembelajaran rakan dengan rakan atau ‘peer-to-peer’, pembelajaran terarah kendiri atau ‘self-directed learning’ serta sumber bimbingan kerjaya.

Penggiat seni yang bekerja sendiri, atau SEP seni, boleh mengalu-alukan peluang pembangunan yang lebih luas dan lebih tersusun mengikut keperluan latihan dan sifat kerja mereka, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, di Parlimen semasa bahas Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya pada 7 Mac.

“Bekerja dalam pelbagai peranan, SEP seni terutamanya melakukan ‘pekerjaan gig’ dan secara amnya tidak mempunyai sokongan berstruktur daripada majikan untuk menyokong latihan atau pembangunan kerjaya mereka.

“Namun begitu, mereka sangat kritikal terhadap kejayaan berterusan dan pertumbuhan ekosistem kesenian,” kata Encik Tong.

“Meningkatkan sokongan akan membantu SEP seni merebut peluang kerja yang lebih baik merentasi spektrum peranan pekerjaan yang lebih luas dan seterusnya, meningkatkan pertumbuhan jangka panjang sektor itu,” tambahnya.

Sekitar satu pertiga daripada tenaga kerja seni, atau sekitar 7,000 individu, adalah orang yang bekerja sendiri dalam bidang seni.

Dengan sokongan lebih besar khusus kepada konteks dan keperluan SEP seni, mereka akan mempunyai ketangkasan kerjaya untuk meneroka pelbagai aspirasi, sambil membangunkan kemahiran kritikal untuk peluang kerja yang lebih baik.

Terdapat juga peluang untuk mereka belajar dan maju dalam kerjaya mereka untuk meningkatkan kebolehpasaran selain mempunyai akses kepada peluang dan sokongan pembelajaran yang lebih pelbagai.

Sehubungan itu, terdapat juga program pembangunan yang direka dengan kerjasama pemain industri dan institut pengajian tinggi, yang akan menggabungkan keperluan latihan dan sifat kerja gig yang biasanya dilakukan oleh SEP seni.

Ini termasuk pembelajaran berasaskan tempat kerja, Hab Sumber Seni (ARH) dipertingkat, masyarakat berasaskan profesion bagi meluaskan peluang pembelajaran dan rangkaian serta bimbingan pendapatan dan kerjaya.

Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, berkata terdapat keperluan untuk memastikan terdapat kumpulan penggiat seni yang berbakat, berkeupayaan dan berkemahiran untuk mencipta ekosistem seni dan warisan yang bertenaga.

Cik Low berkata NAC akan meluaskan akses pembiayaan untuk SEP Seni agar mereka dapat menerima peluang latihan.

Peningkatan sokongan latihan ini akan memberi manfaat kepada SEP seperti pengajar seni.

“NAC bekerjasama dengan Persatuan Instruktor dan Jurulatih Nasional (Nica) melalui program Sokongan Latihan NAC-Nica, menyediakan SEP dengan subsidi latihan dan elaun latihan untuk menyokong perjalanan peningkatan kemahiran mereka.

“NAC juga menyediakan ruang fizikal mampu milik untuk SEP seni dan kegunaan pengajar seni menerusi Hab Sumber Seni,” tambahnya. – FAKHRURADZI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >